Gelagat Comel Yaya Si Monyet Kecil Ingin Minum Air Kelapa | Setiap ciptaan tuhan semuanya indah belaka. Tidak kira sama ada manusia, tumbuhan mahupun haiwan, setiap dari ciptaanya semestinya mempunyai kelebihan tersendiri.

Gelagat Comel Yaya Si Monyet Kecil Ingin Minum Air Kelapa

Sama seperti mana monyet kecil ini. Walaupun masih kecil, gelagatnya yang comel begitu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Bukan sahaja kerana saiznya yang kecil, malahan dia juga diberikan pakaian serta dipakaikan lampin pakai buang oleh tuannya. Itu membuatkan dia kelihatan bertambah comel.

Dalam video yang berdurasi selama 5 minit 16 saat yang dikongsikan di platform media sosial itu, dapat dilihat pemilik kepada Yaya si monyet sedang cuba untuk membelah sebiji buah kelapa muda untuk mendapatkan airnya. Dapat dilihat Yaya turut bersama dengan tuannya ketika itu.

Yaya ketika itu bersifat agak kelam kabut kerana tidak sabar ingin merasa air kelapa itu. Namun dia akan berundur kebelakang setiap kali tuannya melibas parang itu, mungkin dia takut parang itu akan mengena pada dirinya. Sesekali kelihatan dia akan bermain-main dengan buah kelapa yang lain.

Yaya juga minum menggunakan botol susu yang dibuat untuk kanak-kanak. Sebelum tuannya selesai membelah buah kelapa itu, tuannya telah memberikan puting botol susu itu kepada Yaya terlebih dahulu. Yaya agak marah apabila tuannya cuba untuk mendapatkan puting botol itu semula.

Setelah selesai membelah buah kelapa muda itu, air dimasukkan sedikit ke dalam botol Yaya. Dapat dilihat yaya meminum air kelapa menggunakan botol susu itu, manakal tuannya meminum baki air kelapa yang masih tersisa dalam buah itu.

Sumber: Facebook

Share.

Leave A Reply