Gadis Mahu Berkahwin Cari Bapa Kandung Jadi Wali Nikah | Akhir-akhir ini sering kali kita melihat kisah mengenai anak perempuan yang mencari ayahnya untuk menjadi wali nikah sama ada melalui media sosial ataupun platform lain. Hal yang sama turut terjadi kepada gadis ini apabila ia bakal melangsungkan perkahwinannya pada September tahun ini namun hingga kini masih tidak dapat menemui jejak ayahnya.

Shah Alam: Seorang gadis ingin mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali perkahwinannya yang akan berlangsung pada september depan.

Nur Imanina Shahruddin, 20, berkata, bapa kandungnya, Shahruddin Hamid, 46, tidak dapat dikesan selepas keluar rumah ketika usianya 12 tahun dan dipercayai menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Menurut Nur Imanina, sejak daripada itu, mereka sekeluarga terputus hubungan dan pelbagai usaha dilakukan bagi mengesan bapanya itu.

“Kami turut berhubung dengan keluarga sebelah bapa namun mereka juga buntu dan tidak mengetahui lokasinya yang terkini,” katanya.

Sehubungan itu, anak ketiga dari enam adik beradik itu berharap dapat segera bertemu dengan bapanya bagi melancarkan urusan perkahwinan bersama dengan pasangannya Mohamad Kamarulazizi Kamaruzaman, 23.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lokasi terkini Shahruddin boleh berhubung terus dengan Imanina di talian 017-6680368.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply