Semalam, tular satu video memaparkan seorang lelaki berdepan detik cemas selepas bajunya ditarik orang utan dalam kejadian di Zoo Kasang Kulim di Riau, Indonesia.
Terbaru, lelaki tersebut dilaporkan telah membuat permohonan maaf kerana melanggar peraturan dengan memanjat pagar di zoo tersebut demi membuat content video.
Menurut Tribun News, pengurus zoo tersebut, Desrizal memaklumkan bahawa lelaki itu telah melompat ke dalam kandang orang utan untuk mengambil video tanpa kebenaran petugas.
Lelaki itu juga dikatakan telah melanggar peraturan dengan menendang orang utan tersebut.
Desrizal menegaskan orang ramai supaya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan demi keselamatan bersama.
Sementara itu, video permohonan maaf yang dibuat oleh lelaki itu telah dimuat naik di Instagram rasmi Zoo Kasang Kulim.
Dia meminta maaf kepada Zoo Kasang Kulim atas perbuatannya yang telah melompat ke dalam kandang haiwan.
Dia juga meminta maaf kerana video tersebut tular serta dia tidak mahu memberikan kesan negatif dan buruk.
Terdahulu, bajunya dilihat telah ditarik oleh orang utan tersebut sehingga terkoyak.
Ketika itu, dia dibantu oleh rakannya setelah dia menjerit meminta pertolongan.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang mengecam tindakannya dan ada juga yang terhibur melihatnya.
Sumber: Siakap Keli