Tular Video Budak 12 Tahun Pandu Treler | Isu remaja bawah umur bukanlah lagi sesuatu yang asing, malah turut pernah berlaku dalam negara ini sendiri beberapa tahun lalu. Namun kini lebih menggemparkan apabila tular satu video seorang kanak-kanak memandu treler.
Kanak-kanak itu telah menjadi perhatian orang ramai apabila dia telah memandu sebuah treler di tengah lebuh raya. Berdasarkan video yang telah tular itu, didapati kanak-kanak itu dengan selamba memandu treler itu di Tol Cikampek menuju ke Tasikmalaya.
Ketua Perhubungan Awam Satuan Kewilayahan Kepolisian Daerah (Polda) Metro Jaya Yusri Yunus mengesahkan bahawa kejadian itu telah berlaku pada bulan April tahun lalu. Dikatakan bahawa kanak-kanak itu telah diminta oleh pemandu asal untuk memandu treler itu.
Pemandu asal treler itu merupakan bapa saudara kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak itu dikatakan hanya memandu selama 30 minit sahaja iaitu kilometer 12 Tol Cikampek menuju kawasan rehat di kilometer 19 Tol Cikampek.
Kanak-kanak itu diminta untuk memandu treler itu sebentar kerana bapa saudaranya itu mengantuk ketika memandu.
Direktur Lalu Lintas (Dirlantas) Polda Metro Jaya, Sambodo Purnomo Yogo berkata, pihaknya telah membentuk satu pasukan bagi menyiasat perkara itu yang tular di media sosial. Hasil siasatan berdasarkan rakaman video dan keterangan beberapa pihak termasuk mereka yang bekerja di bahagian pengangkutan barangan, pihaknya menemui identiti kenderaan dan pemandu terbabit.
Treler itu telah berjaya ditahan di perindustrian PT STA di Jakarta Utara kelmarin. Pihak mereka masih lagi melakukan siasatan lanjut untuk mencari petunjuk kemungkinan terdapat berlakunya eksploitasi dilakukan oleh pemandu terhadap kanak-kanak itu.
Menerusi video itu, dapat dilihat kana-kanak itu memandu treler berwarna hijau sambil memegang sepuntung rokok. Ketika ditanya kemana arah tujuannya dan berapa usianya, kanak-kanak itu menjawab bahawa mereka menuju ke Tasikmalaya dan beliau berusia 12 tahun.
Sumber: Harian Metro