Tumbuk Wanita Hamil Di Perut Berulang Kali, Seorang Lelaki Ditahan. ada VIDEO | Seorang lelaki berusia lewat 50-an telah ditangkap setelah seorang wanita hamil dibiarkan “trauma” dengan meletakkan sarung bantal di kepalanya lalu dipukul berulang kali di London baru-baru ini.
WARNING – GRAPHIC VIDEO🚨
A pregnant Jewish woman was the victim of a horrific attack in London.In the suspected antisemitic incident, security camera footage shows a man come up behind the young woman, place a pillowcase over her head and punch her repeatedly in the stomach. pic.twitter.com/9a7HvCymrX
— StandWithUs (@StandWithUs) March 22, 2021
Tular sebuah video CCTV yang dirakam pada Khamis di media sosial dan dikongsi oleh beberapa penduduk kejiranan Shomrin menunjukkan kejadian tersebut berlaku apabila seseorang lelaki berpakaian jaket hoodie gelap,berseluar hitam sedang menghampiri wanita tersebut dari belakang sebelum menyerangnya.
Menurut Scotland Yard, suspek ditangkap kerana disyaki mencederakan anggota badan (GBH) di sebuah alamat di Haringey dan kini lelaki tersebut telah ditahan di Balai Polis London Timur.
Mangsa berusia 20 tahun yang sedang hamil 28 minggu itu telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan akibat cedera ringan berikutan serangan sekitar 6.30 petang Khamis lalu di Jalan Manor di Stamford Hill.
Polis Metropolitan mengatakan siasatan masih dijalankan bagi menentukan motif sebenar dan pada peringkat ini kejadian tersebut tidak dapat ditentukan ia berkait dengan kesalahan lain.
Berikutan itu, Presiden Shomrin, Rabbi Herschel Gluck menggambarkan serangan tersebut sebagai ganas dan kejam. Dia memberitahu para wartawan bahawa mangsa kini berada dalam keadaan trauma namun wanita tersebut dan bayinya yang masih belum lahir terselamat dari serangan mengerikan tersebut.
“Sudah berlaku tujuh kejadian seperti ini di kawasan tersebut pada bulan lalu. Diharapkan semua pihak perlu memastikan keselamatan wanita dan gadis di kawasan tersebut diberi keutamaan dan terjamin”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
The Met melaporkan polis telah melakukan rondaan di kawasan Stamford Hill untuk memberi jaminan kepada masyarakat setempat.
Sumber : The Guardian