Ukraine telah mengisytiharkan perintah darurat dan menggesa semua rakyatnya keluar dari Rusia dengan kadar segera, lapor Al-Jazeera.
Moscow pula dilaporkan telah memindahkan kedutaannya di Kyiv sekaligus menandakan ketegangan antara kedua-dua negara semakin memuncak.
Menurut laporan, serangan dikatakan semakin sengit di timur Ukraine pada Rabu, setelah Rusia mengiktiraf dua kawasan puak pemisah di Ukraine yang menyokong mereka.
Semalam, Parlimen Ukraine mempersetujui saranan Presiden Volodymyr Zelenskyy untuk mengadakan perintah darurat selama 30 hari bermula hari ini.
Sumber : SK