Uncle OKU Semangat Buat Live ‘Shopee’ Jual Pewangi Walau 7 Views Sahaja | Shopee merupakan salah satu platform e-dagang yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Aplikasi ini memberi ruang kepada para peniaga untuk mempromosi jualan mereka melalui siaran langsung, seterusnya membolehkan pelanggan terus membeli produk secara terus semasa bersiaran.
Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) turut tidak melepaskan peluang untuk menjana pendapatan melalui platform ini. Untuk mendapatkan pendedahan yang tinggi, para peniaga perlu mendapatkan pengikut dan jumlah penonton yang ramai di siaran mereka. Walaupun jumlah yang menonton siaran langsung beliau di platform itu sedikit, dia tetap tidak putus semangat.
Baru-baru ini seorang pengguna twitter telah berkongsikan berkenaan lelaki OKU itu yang menjual pewangi kenderaan dan rumah di platform itu. Merasa simpati dengan jumlah tontonan yang rendah, dia telah mengajak orang ramai untuk menyokong perniagaan lelaki yang bernama Foo Chia Keat itu dengan membeli produk wangian yang dijualnya.
Tengok live shopee tadi. Ternampak live uncle ni. Views 7 org je. So masuk je la sbb nak tengok dia jual apa. Masuk2,
live dah nak end. Stalk uncle ni rupanya jual pewangi kereta n rumah. Uncle ni oku😭 Fasih sangat bm dia. Support la gais🥺 Mesti dia seronok kalau ramai beli😭 pic.twitter.com/9v5cliwxNE— Shykinnn🏴 (@shykinn) April 17, 2021
Berdasarkan perkongsian di twitter itu, pengguna twitter itu telah mengajak orang ramai untuk menyokong dan membeli produk wangian yang dijual oleh lelaki OKU itu. Dia juga memaklumkan bahawa lelaki itu amat fasih berbahasa melayu.
Setelah perkongsian itu dibuat, orang ramai telah mula memnyokong dengan membeli produk wangian yang dijual lelaki itu. Lelaki itu turut memberikan ucapan terima kasih menerusi akaun Facebook nya kepada orang ramai yang membeli produk jualannya termasuk juga kepada individu yang telah berkongsikan perihal perniagaannya kepada orang ramai.
Sumber: Siakap Keli , Facebook