Perbezaan Agama Bukan Penghalang Untuk Berkongsi Rezeki | Di bulan ramadan yang mulia ini, berpusu-pusu umat islam ingin berbuat kebaikan dengan berkongsi rezeki dengan yang lain. Namun bukan sahaja umat islam, terdapat juga golongan yang bukan islam turut sama ingin berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan untuk mengimarahkan lagi bulan yang mulia ini.
Walaupun berbeza agama, namun terdapat juga diantara mereka yang bermurah hati untuk menghulirkan sumbangan kepada yang memerlukan. Malahan terdapat juga diantara mereka yang ikut sama merasai pengalaman berpuasa bersama rakan-rakan muslim yang lain.
Seorang lelaki bukan islam yang bernama Vicky turut sama ingin berkongsi rezeki yang beliau ada dengan orang lain. Beliau tidak melepaskan peluang untuk melakukan kebajikan dan menghulurkan sumbangan pada hari pertama bulan ramadan.
Vicky merupakan seorang pengguna facebook yang aktif di Laman Masak Apa Hari Ini. Dia sering memuatnaik aktiviti memasak beliau dengan bersama dengan anak lelakinya. Vicky juga sering berkongsi resepi masakan di laman itu.
Perkongsiannya yang terbaru di laman tersebut adalah, dia telah mengagihkan sebanyak 300 cucuk sate kepada golongan gelandangan di sekitara Bandaraya Kuala Lumpur. Agihan itu merupakan sumbangan yang beliau lakukan untuk golongan gelandangan ini jadikan juadah berbuka puasa. Dia sempat merakam aktivitinya itu dan dimuat naik di saluran You Tube, Vicky Foodie sambil menceritakan persediaannya untuk mengunjungi golongan terbabit di kawasan stesen LRT Masjid Jamek.
Katanya, dia mengagihkan 300 cucuk sate itu kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur sebagai juadah berbuka puasa. Dia telah meminta peniaga sate untuk menyediakan bekalan sate untuk diagihkan kepada 30 ke 40 orang gelandangan.
Walaupun keadaan disitu hujan ketika itu, ia ssedikit pon tidak melemahkan semangatnya untuk berbuat kebaikan. Dia menanti kehadiran gelandangan disitu pada jam 8.15 malam sebelum mula menagkagihkan makanan. Sebaik sahaja hujan mulai reda, dia mula menemui gelandangan yang sedang berbaring di kawasan kaki lima dalam keadaan kesejukan.
Dia mendekati setiap seorang gelandangan di situ sebelum diserbu oleh sekumpulan gelandangan yang ingin merasai keenakan sate yang diberikan secara percuma itu.
Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama dia mengagihkan bantuan kerana berdasarkan beberapa video yang dimuat naik sebelum ini, Vicky aktif mendekati golongan gelandangan di sekitar ibu kota.
Sumber: Free Malaysia Today