50 Terkorban Dalam Pertempuran Antara Tentera Dan Militan Di Afganistan | Dilaporkan kira-kira 50 orang telah maut dalam satu pertempuran melibatkan pihak tentera Afganistan dan kumpulan Militan ketika Amerika Syarikat dikatakan telah mengeluarkan tenteranya dari negara tersebut dalam tempoh 24 jam yang lalu.

50 Terkorban Dalam Pertempuran Antara Tentera Dan Militan Di Afganistan

Menurut jurucakap polis, lebih 50 orang yang maut tersebut tergolong dalam pemerontak bersenjata, menyebabkan bakal berlakunya gelombang keganasan yang baru melibatkan militan Taliban selepas mereka dilaporkan telah menyerang pusat pemeriksaan keselamatan yang terletak di Kota Taluqan iaitu ibu kota wilayah utara Takhar sehingga menyebabkan empat militan pro-kerajaan turut terbunuh manakala lima lagi cedera.

Media tempatan melaporkan bahawa pertempuran yang berlaku ini sedang menyasarkan kumpulan militan Taliban iaitu di daerah Khashrodyang terletak di wilayah barat Nimroz sehingga sekurang-kurangnya 22 orang pengganas telah terbunuh dalam serangan tersebut, baru-baru ini.

Selepas mereka melakukan serangan udara, Unit Pasukan Khas telah menyerbu sebuah pusat tahanan di daerah Kashrod milik Taliban dan berjaya membebaskan serta menyelamatkan kira-kira 20 orang anggota keselamatan melibatkan 17 anggota askar tentera serta tiga anggota polis di pusat tahanan tersebut.

Pertempuran udara melibatkan tentera darat (disokong oleh helikopter tempur) telah menyerang tempat persembunyian Taliban di daerah Qarabagh sehingga menyebabkan 20 militan terkorban akibat daripada serangan yang berlaku dalam tempoh 24 jam.

Anggota tentera Afganistan kini mula mengambil alih pengkalan tentera yang sebelum ini telah digunakan oleh tentera Amerika Syarikat di daerah Haska Meyna. Pengambil alihan itu menyaksikan mereka dilihat telah berjaya untuk mengagalkan serangan pemberontak dimana pihak taliban dikatakan cuba meningkatkan keganasan serta menyebabkan serangan terhadap pasukan keselamatan.

Serangan yag berlaku tersebut telah menyebabkan empat militan terbunuh di daerah Balkh serta tiga anggota polis dilaporkan turut terkorban dalam letupan bom kereta di wilayah barat Herat.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dalam satu kenyataan memberitahu pihak Amerika Syarikat supaya segera meninggalkan Afganistan pada 1 Mei seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian Doha pada Februari yang lalu. Mereka turut menegaskan bahawa ketidakpatuhan perjanjian akan menyulitkan lagi keadaan sekarang.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply