Kambing Golek Habis Dalam Tempoh Dua Jam | Sejak hampir seminggu bazaar ramadan seluruh Malaysia kecuali Kelantan dibenarkan intuk beroperasi, ia telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan rakyat di negara ini. Bukan hanya menjadi tumpuan rakyat yang beragama islam, malahan yang bukan beragama islam turut sama memeriahkan suasana dengan mengunjungi bazar ramadan.

Kambing Golek Habis Dalam Tempoh Dua Jam

Sudah menjadi tradisi pelbagai juadah dijual di bazar ramadan, bazar dibuka untuk menjual juadah bagi umat muslim berbuka puasa. Bazar Ramadan Simpang Empat, Sungai Udang sememangnya sinonim dengan kemeriahan setiap tahun apabila tibanya bulan ramadan.

Sebuah gerai yang sering menjadi perhatian penduduk di kawasan sekitar itu adalah gerai Atan Kambing Golek diusahakan Abdul Hamid Abidin, 43. Beliau telah mula berniaga di bazar ramadan itu sejak 6 tahun yang lalu lagi.

Menurut Abdul Hamid, dia adalah peniaga pertama yang membuka gerai kambing golek di bazar berkenaan. Malahan dia juga sudah mempunyai pelanggan tetapnya sendiri. Dia amat bersyukur keranha pada tahun ini dia dapat kembali berniaga semula kerana pada tahun lalu dia tidak dapat berniaga disebabkan oleh penukaran virus covid-19.

Katanya dia akan mula membakat kambingnyanpada jam 4 petang bagi memastikan daging kambing itu panas dan lembut serta sedap untuk dimakan ketika waktu berbuka puasa. Perapan kambing bakarnya juga menggunakan olahan sendiri hasil daripada pengalaman kerjanya di hotel selama 5 tahun.

Kambing bakar digerainya dijual dengan harga RM15 bagi setiap 100 gram. Kebiasaannya seekor kambing akan habis dijual dalam tempoh dua jam sahaja.

Pengunjung, Mohammad Razfizul Md Zuki, 34, berkata, dia berkunjung ke Bazar Ramadan Simpang Empat pada hari pertama puasa selepas ketika pulang dari bekerja bersama dengan isterinya untuk membeli juadah berbuka puasa.

Setiap pengunjung yang datang juga perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply