UPKK Akan dijalankan Secara Serentak Bagi Calon 2020 Dan 2021 | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi calon tahun 2020 dan 2021 akan dilaksanakan serentak tahun ini.

UPKK Akan dijalankan Secara Serentak Bagi Calon 2020 Dan 2021

Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata ujian itu dijadualkan akan bermula pada 1 September dan akan berakhir pada 7 Oktober depan.

Beliau berkata, mata pelajaran al-Quran iaitu Ujian Lisan Tadarus dan Tilawah al-Quran, Hafazan dan Tafsir al-Quran akan dinilai guru KAFA sekolah masing-masing bermula 1 hingga 30 September depan.

Manakala bagi lima subjek bertulis iaitu Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Jawi dan Khat, Adab Kertas 1 & 2 dan Lughatul Quran pula akan dilaksanakan pada 4 hingga 7 Oktober depan.

UPKK mempunyai lapan subjek yang mana terdiri dari dua subjek amali, satu subjek ujian lisan dan lima subjek bertulis.

Bagi subjek penilaian amali iaitu Mata Pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam pula, penilaian telah bermula dari awal takwim persekolahan tahun ini.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply