Varian Omicron Penyebab Pandemik Jadi lebih Panjang | Pandemik COVID-19 dijangka akan kekal untuk tempoh yang lebih lama dengan penularan varian baharu di beberapa negara dan Malaysia tidak terkecuali, walaupun pelbagai langkah diambil bagi membendung wabak itu.

Varian Omicron Penyebab Pandemik Jadi lebih Panjang

Menurut Pakar Kesihatan Awam, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohamad, penularan wabak COVID-19 masih lagi tidak dapat diputuskan dan beberapa negara kembali mengenakan sekatan, susulan penularan virus itu tidak dapat dikawal.

Jelasnya,  tempoh endemik COVID-19 diharapkan menjadi pengakhiran bagi wabak itu dengan virus pembawa COVID-19, iaitu SARS-CoV-2 akan terus berada dalam masyarakat dan tidak dapat dihapuskan sepenuhnya.

Menurutnya lagi, pandemik bertukar menjadi endemik suatu yang perlu diterima kerana endemik dapat ditakrifkan sebagai kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat di sesuatu tempat, namun sudah menyesuaikan diri dan belajar hidup dengan penyakit ini pada kadar rendah.

Beliau berpendapat bahawa benar terdapat wabak penyakit berjangkit sebelum ini seperti Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS) atau ‘Spanish flu’ yang akhirnya hilang atau kebanyakan jangkitan lain turun ke peringkat yang amat rendah atau terhapus namun tidak semua pengakhiran sesuatu wabak adalah sama.

Di Kelantan khususnya, pandemik lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain ekoran beberapa faktor utama, iaitu faktor masyarakat seperti kadar pelalian yang masih rendah dan pengabaian kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Bagi mengawal penyakit berjangkit, ia terkawal sepenuhnya sekiranya penduduk rentan sudah mencapai tahap imuniti yang cukup, termasuklah kadar pelalian populasi yang tinggi, bagi mengelak virus dari mempunyai daya untuk terus merebak.

Untuk merealisasikan hasrat untuk mencapai  imuniti kelompok, kerajaan telah meminta agar rakyat memainkan peranan memastikan diri dan keluarga mereka divaksinasi segera, sekali gus membantu negara memutuskan rantaian wabak pembawa maut ini.

Dr Wan Mohd Zahiruddin turut menyebut bahawa pandemik COVID-19 turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada psikologi manusia, terutama terhadap kesihatan mental yang dijangka akan berpanjangan dalam tempoh yang lama.

Varian Omicron Penyebab Pandemik Jadi lebih Panjang

Jelasnya, keresahan mengenai penularan virus ini sedikit sebanyak memberi kesan psikologi kepada kawalan pergerakan dan pengasingan diri yang turut menyumbang kepada krisis kesihatan mental kepada seseorang.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply