(Video) Anak Tanya Bagaimana Bayi Keluar? Lelaki Ini Bagi Jawapan | Pernahkah anda mendengar soalan dari si kecil anda, “Ibu, dari mana adik perempuan itu datang?”. Pertanyaan tersebut umum ditanyakan oleh anak-anak yang berada diusia pra-sekolah ataupun yang baru menginjak ke alam persekolahan.

(Video) Anak Tanya Bagaimana Bayi Keluar? Lelaki Ini Bagi Jawapan

Pertanyaan terbabit biasa muncul ketika anak-anak sedang menanti kelahiran adik mereka atau setelah menjenguk saudara-mara yang baru melahirkan bayi. Namun, pertanyaan sebegini tidak dapat disangkal lagi bahawa ia seringkali membuat ibu bapa canggung atau tercenggang untuk memberikan jawapan yang sesuai.

Tambahan lagi, ibu bapa kadang-kalanya berasa malu atau khuatir jika mereka salah mengungkapkan kata dalam menjelaskan jawapan dari pertanyaan tersebut.

Berikutan itu, ibu bapa perlulah memberikan jawapan yang bersesuaian serta ia dapat memuaskan rasa ingin tahu kanak-kanak cilik ini. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini? Ikuti tips yang bakal diberikan oleh speaker KMN Box iaitu Saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkenaan isu ini.

Share.

Leave A Reply