(Video) Anggota Polis Cedera Diserang Demonstrasi Jalanan, Lima Ditahan Di Hyde Park, London | Berlaku pertempuran di antara anggota polis dan penunjuk perasaan selepas terdapat adanya tunjuk perasaan ‘Unite for Freedom’ melibatkan ribuan penduduk telah berarak di jalan utama bandar bagi menggesa kerajaan untuk menghapuskan segala sekatan di negara tersebut akibat Covid-19 di sini, baru-baru ini.
Batons out: Further violence as police clash with anti-lockdown protesters in Hyde Park, London. #londonprotest #londonprotests #Antilockdown pic.twitter.com/XDxovU4HG7
— Urban Pictures (@Urban_Pictures) April 24, 2021
Dua anggota polis dilaporkan telah dimasukkan ke hospital akibat cedera ringan ketika sedang bertempur bersama penunjuk perasaan manakala lima individu telah berjaya diberkas semasa serangan berlaku selepas beberapa jam tunjuk perasaan tersebut diadakan di Kota London.
Polis Metropolitan turut mengesahkan sekurang-kurangnya lapan anggota telah tercedera semasa mereka dikatakan cuba untuk meleraikan penunjuk perasaan di Hyde Park namun penunjuk perasaan dikatakan telah melontarkan beberapa objek keras ke arah anggota polis dan salah satunya adalah botol kaca sehingga mendatangkan kecederaan kepada anggota yang sedang bertugas.
Menurut Ketua Polis Metropolitan Supt Roy Smith mengulas bahawa semua anggota polis telah dicaci dan dibaling objek keras oleh para penunjuk perasaan namun pihak polis masih bersikap profesional dan tidak menggunakan kekerasan terhadap orang ramai yang berdemonstrasi.
Beberapa ribu penunjuk perasaan anti-lockdown berarak ke pusat bandar London baru-baru ini selepas terdapat sekatan dalam perhimpunan besar-besaran semasa pandemik COVID-19. Mereka memandang sekatan Covid-19 sebagai tidak perlu dan melanggar hak asasi mereka. Mereka menentang vaksinasi, pemakaian topeng dan pasport kesihatan seperti yang dilaungkan.
Video tersebut tular di media sosial selepas ia memaparkan beberapa individu penunjuk perasaan dilihat melakukan kekerasan kepada anggota polis ketika sedang melakukan demonstrasi jalanan. Beberapa anggota polis dilihat cuba bertahan namun mereka dilihat dikasari oleh para penunjuk perasaan yang dipercayai berlaku di Hyde Park, London. Video tersebut mendapat 27.6 ribu tontonan dan ribuan komen dari warga net yang rata-rata tidak setuju dengan kelakuan para penunjuk perasaan tersebut.
Sumber: Astro Awani