(Video) Anonymous Mengajak Rakyat Sertai Operasi ‘Black Democracy’, Polis Beri Amaran | Telah tular sebuah video dari anonymous yang mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk turut sama menyertai operasi ‘Black Democracy’ yang bakal dilancarkankan.

(Video) Anonymous Mengajak Rakyat Sertai Operasi Black Democracy Bagi Membantah Kerajaan

Berdasarkan video yang berdurasi selama 2 minit itu menyatakan bahawa operasi yang dilancarkan itu adalah sebagai tanda membantah keras kerajaan Malaysia sekarang. Ini kerana dikatakan bahawa kerajaan kini telah menindas rakyat dengan membuat keputusan dengan melaksanakan Lockdown dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tujuan perlaksanaan operasi itu juga adalah untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada. Mereka menyeru rakyat Malaysia untuk keluar secara beramai-ramai di atas jalan raya dengan berpakaian hitam pada 30 Jun 2021 bersamaan hari rabu pada jam 12 tengah hari di beberapa lokasi yang telah ditetapkan.

Antara lokasi yang telah ditetapkan adalah di hadapan istana negara bagi rakyat yang tinggal di sekitar Lembah Klang, Dataran Merdeka, Masjid Putrajaya, Istana Negeri masing-masing dan juga di hadapan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di kawasan masing-masing.

Mereka turut berpesan kepada rakyat yang bakal ikut serta operasi tersebut untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu hanya dua orang sahaja yang dibenarkan bagi yang berkereta, diarahkan untuk menjaga keselamatan terutamanya yang bermotosikal serta dilarang untuk mebawa kanak-kanak sama sekali.

Kesemua mereka tidak dibenarkan untuk turun daripada kenderaan dan berhimpun sebaik sahaja tiba di lokasi yang dinyatakan. Namun rakyat hanya diminta untuk membunyikan hon dan mengambil gambar atau video bersama sekeping kertas yang tertera #KERAJAANGAGAL dan menguploadnya di sosial media berserta tanda pagar itu.

Sekali lagi mereka mengingatkan untuk tidak keluar berhimpun dan membuat provokasi terhadap pihak polis kerana musuh yang sebenarnya bukanlah pihak polis. Mereka turut mengatakan bahawa ingin semua rakyat untuk keluar di atas jalan raya secara aman.

Waktu itu dipilih kerana itu merupakan masa bagi Majlis Raja-Raja bersidang. Mereka berharap kesesakan kenderaan itu akan dilakukan sehinggalah kerajaan mengaku kalah pada jam 6 petang. Ini kerana nasib rakyat bukanlah di tangan kerajaan mahupun perdana menteri ataupun menteri.

Hal itu dikatakan sedemikian kerana rakyat hidup dalam kesusahan namunn mereka masih lagi boleh hidup dalam serba kemewahan.

Kata-katanya diakhiri dengan ayat “Gunakan kuasa rakyat untuk humban mereka, suara rakyat suara keramat. Salam solidariti, good luck dan jumpa lagi”.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menganjur atau menyertai sebarang perhimpunan susulan video yang tular itu.

Polis akan mengambil tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ke atas mana-mana pihak yang dikesan melanggar SOP dengan menganjur atau menyertai sebarang perhimpunan dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sumber: Kosmo!

Share.

Leave A Reply