(Video) Gunung Berapi Di Congo Meletus, Ribuan Rakyat Melarikan Diri Dari Goma | Letusan dari Gunung berapi, Nyiragongo telah menggemparkan seluruh penduduk Goma selepas dikhabarkan ribuan penduduk Goma dilihat membawa tilam dan barang-barang lain untuk melarikan diri dari bandar dengan berjalan kaki – menuju ke perbatasan Rwanda, di sini, baru-baru ini.
#DRC Eastern Congo – thousands of people fleeing the city of Goma heading across the border into #Rwanda – Mt Nyiragongo volcano erupted earlier this evening threatening Goma a city of over half a million people – in 2002 the volcano destroyed almost half of the city pic.twitter.com/lO4Rk8W4Tl
— Evelyn Tremble (@DrumChronicles) May 22, 2021
WATCH: Nyiragongo volcano in Eastern DR Congo erupts. The volcano, situated a few kilometres from #Rwanda's Rubavu town, last erupted in January 2002. pic.twitter.com/uuEry4hmrI
— The New Times (Rwanda) (@NewTimesRwanda) May 22, 2021
Lahar lava dari letusan gunung berapi tersebut dilihat telah menghampiri lapangan terbang di bandar utama Republik Demokratik Kongo, Goma pada lewat Sabtu, dan pemerintah kini mendesak para penduduk di kawasan berdekatan untuk berpindah.
Menurut reuters, ketika cahaya merah dari Gunung Nyiragongo menyala di langit malam berhampiran bandar di tepi tasik yang kira-kira berusia 2 juta tahun, ribuan penduduk Goma dilihat telah membawa tilam dan barang-barang lain melarikan diri dari bandar dengan berjalan kaki – banyak menuju perbatasan dengan Rwanda.
Kali terakhir Gunung Nyiragongo meletus adalah pada tahun 2002 mengorbankan 250 orang dan menyebabkan 120,000 kehilangan tempat tinggal. Ia merupakan salah satu gunung berapi paling aktif di dunia dan dianggap antara yang paling berbahaya di dunia.
Kementerian Rwanda yang Bertugas Pengurusan Kecemasan mengatakan lebih daripada 3,500 orang Congo telah melintasi sempadan. Media negeri Rwanda mengatakan bahawa mereka akan ditempatkan di sekolah dan tempat ibadah.
Menurut ahli pakar gunung berapi Congo, Dario Tedesco, Goma kini dilihat menjadi sasarannya sebagaimana kejadian letusan yang berlaku pada tahun 2002 dan dia melihat bahawa lava tersebut kini sedang menuju ke pusat bandar.
Tambah beliau, ia mungkin dilihat akan berhenti sebelumnya atau berlanjutan berikutan hal ini sukar untuk diramal. Menurut laporan reuters, letusan tersebut turut menyebabkan penduduk terputus bekalan elektrik menyebabkan kerajaan di negara tersebut sedang melakukan proses pemindahan di kawasan yang terjejas.
Menurut jurucakap pemerintah Patrick Muyaya dalam satu komentar, kerajaan berharap agar langkah-langkah yang telah diambil akan memungkinkan penduduk mencapai titik-titik yang ditunjukkan kepada mereka dalam rancangan evakuasi untuk Goma.
Sumber: Reuters