Skuad Morocco dalam perlawanan Piala Dunia mereka awal pagi tadi sewaktu menentang pasukan gergasi dari benua eropah iaitu Sepanyol didapati sempat membacakan surah Al-Fatihah terlebih dahulu sebelum bersedia mengambil sepakan penalti penentuan.
Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter yang menggunakan nama @IlmFeed menunjukkan pasukan itu berkumpul di tengah padang membacakan surah Al-Fatihah beramai-ramai sebelum bertawakal dan mengharapkan keajaiban.
Kesemua ahli pasukan di dalam video tersebut dilihat membuat bulatan beramai-ramai sambil membacakan surah Al-Fatihah.
Selain pemain, kelihatan juga pengurus pasukan dan jurulatih turut bersama-sama pasukan tersebut melafazkan surah berkenaan.
Setakat pagi ini, video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak ‘97.4k’ tontonanserta ribuan tanda suka daripada pengguna di Twitter.
Keputusan perlawanan malam tadi telah menyaksikan pasukan Morocco berjaya menundukkan pasukan Sepanyol dengan jaringan 3-0 dalam sepakan penalti penentuan. Kemenangan itu sekaligus melayakkan pasukan Morocco ke suku akhir dalam perlawanan yang seterusnya.
Pemain cemerlang Morocco Achraf Hakimi menjadi pemain terakhir yang mengambil sepakan penalti dalam perlawanan tersebut. Beliau dengan gaya sepakan penalti panenka akhirnya berjaya menerobos gol lawan dan memberikan kemenangan bersejarah kepada pasukannya.
Perlawanan seterusnya untuk pasukan Morocco dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 10 Disember ini. Pasukan tersebut bakal bertemu dengan pasukan dari Portugal dalam peringkat suku akhir Piala Dunia Qatar 2023.
The Moroccan team recited Surah Al Fatiha before the penalty shootout.pic.twitter.com/OwJzcWVLsN
— ilmfeed (@IlmFeed) December 6, 2022
Ikonik! Tular Gambar Pemain Morocco Cium Ibu Sejurus Menang Perlawanan
Morocco sekali lagi mengejutkan peminat sukan bola sepak di Piala Dunia selepas pasukan itu berjaya menewaskan Sepanyol dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan untuk mara ke suku akhir.
Achraf Hakimi yang juga merupakan pemain pertahanan kanan Paris Saint-Germain (PSG) FC berjaya menjaringkan gol kemenangan dalam penentuan sepakan penalti sewaktu menentang pasukan gergasi Eropah itu dengan skor 3-0.
Sambil menatap mata penjaga gol Sepanyol, Unai Simon, Achraf berjaya menghasilkan sepakan penalti panenka sekaligus melayakkan Morocco ke suku akhir Piala Dunia dalam detik ikonik tersebut.
Achraf Hakimi dibesarkan di jalanan Madrid sebelum berjaya memasuki akademi Real Madrid. Dia layak bermain untuk Sepanyol tetapi sebaliknya, dia memilih untuk bermain bagi negara kelahiran ibu bapanya iaitu Morocco.
Hakimi celebrating with his mother once again after defeating Spain. Mothers are everything, there's no sacrifice that mothers don't do ♥️ #FIFAWorldCup pic.twitter.com/dqzxlQVka7
— Farid Khan (@_FaridKhan) December 6, 2022
Ibu bapanya memainkan peranan penting dalam perjalanannya sebagai seorang pemain bola sepak. Kedua ibu bapanya juga dikatakan banyak berkorban dalam hidup mereka untuk melihat Achraf berjaya.
Sebelum ini, Achraf Hakimi pernah menyatakan bahawa seluruh karier bola sepaknya didedikasikan untuk ibu bapanya dan tindakan itu jelas selepas dia berjaya dalam menjaringkan gol dalam penalti penentuan.
Seperti yang dia pernah lakukan sebelum ini, dia dengan pantas meraikan jaringan itu bersama ibunya yang berada di kerusi penonton pada perlawanan awal pagi tadi.
Kata Achraf Hakimi ibunya membersihkan rumah dan bapa adalah peniaga jalanan. Kami berasal dari keluarga sederhana yang bersusah payah mencari rezeki. Hari ini berjuang untuk ibu bapanya kerana mereka banyak berkorban untuknya.
Pemain muda berusia 24 tahun itu telah pun bermain untuk banyak kelab terkemuka dunia dan dianggap sebagai salah seorang pemain bek kanan terbaik di dunia.
أحبك أمي ❤️ pic.twitter.com/2BLQ2jVbii
— Achraf Hakimi (@AchrafHakimi) November 27, 2022
Memiliki sejarah baik dalam bermain dengan kelab besar seperti PSG, Inter Milan, Borussia Dortmund dan Real Madrid jelas menunjukkan bakatnya yang besar itu.
Sumber: Siakap Keli, Siakap Keli