Bengang Digelar Pemalas. Wanita ‘Smackdown’ Nenek Suami. | SEBUAH video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita bertengkar sebelum menyerang nenek suaminya yang bertongkat sehingga terjatuh ke tanah, lapor Suara.com baru-baru ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media dan kejadian itu dipercayai berlaku di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia.

Wanita itu dikatakan menyerang warga emas itu kerana marah dilabel sebagai isteri pemalas.

Kejadian bermula apabila wanita yang sedang mendukung seorang bayi bertengkar dengan seorang warga emas yang tinggal di sebuah rumah, dikatakan nenek suaminya.

Ketika warga emas itu hendak meninggalkan lokasi kejadian, wanita itu terus menahannya sehingga menyebabkan mangsa tersungkur ke atas tanah.

Bayi yang didukung wanita itu juga terjatuh dan dia dilihat terus memukul mangsa ketika cuba dileraikan oleh orang lain.

Mangsa yang tidak berdaya mengerang kesakitan akibat dicengkam suspek lalu dihempap ke tanah.

Video itu mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.

“Tidak tahu malu, sudahlah menumpang, bermalas-malasan, berbuat jahat lagi,” kata seorang pengguna media sosial.

“Tiada sopan santun, walaupun marah orang tua, jangan sampai begitu,” kata pengguna lain.

Nasib nenek dan wanita itu begitupun tidak diketahui, namun media Indonesia difahamkan situasi itu sudah diselesaikan secara baik tanpa melibatkan pihak berkuasa.

Sumber: Majoriti

Baca Juga: Enggan Tegakkan Tempat Duduk Dalam Pesawat, Lelaki ‘Lunyai’ Dibelasah

Gara-gara enggan meletakkan tempat duduk ke posisi asal sebelum pesawat berlepas, seorang lelaki diserang oleh penumpang pesawat lain.

Walaupun pramugara meminta semua penumpang meletakkan tempat duduk pada kedudukan tegak dan memasang tali pinggang keledar, lelaki itu tetap berdegil dan gagal mematuhi arahan tersebut.

Penumpang itu memberikan alasan dia perlu berbaring kerana mengalami sakit belakang ketika menaiki pesawat Thai Smile Airways yang akan berlepas ke Kolkata, India dari Bangkok.

Penumpang itu berkata dengan penuh angkuh bahawa dia kerap menaiki pesawat dan tahu apa yang dia buat sekarang.

Kru kabin berusaha menjelaskan dengan baik mengenai prosedur operasi standard bagi mengelakkan penumpang belakang terhalang untuk menyelamatkan diri sekiranya situasi kecemasan berlaku.

Lelaki itu kemudian mencabar anak kapal melaporkan perkara tersebut kepada kapten pesawat jika mahu berbincang lanjut mengenai situasi yang dialaminya.

Bagaimanapun, sekumpulan penumpang yang berang dengan tindakan mementingkan diri itu sehingga menyebabkan operasi pesawat tergendala memukul lelaki itu berulang-kali.

Menerusi rakaman yang dimuat naik dalam akaun Twitter milik penyunting berita The Times of India, mangsa dilihat cuba mempertahankan dirinya dengan anak kapal cuba campur tangan bagi meredakan keadaan.

Insiden yang tercetus pada pukul 11.30 malam di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, itu bagaimanapun tidak menyebabkan mana-mana penumpang dihalang menaiki penerbangan.

Selepas keadaan kembali reda, kesemua penumpang kembali di tempat duduk masing-masing dan penerbangan diteruskan seperti biasa.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply