(Video) Jemaah Baru Balik Umrah Mengamuk Di KLIA | Tular satu video di aplikasi TikTok mendakwa berlaku kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan jemaah yang baru pulang dari mengerjakan ibadat umrah di Tanah Suci.

(Video) Jemaah Baru Balik Umrah Mengamuk Di KLIA

Berdasarkan video berdurasi seminit 34 saat yang dimuat naik di akaun pengguna bernama Zulkufli Mohamed itu, kelihatan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin turut dirakam dalam video tular berkenaan.

Beliau mendakwa jemaah yang terbabit ‘mengamuk’ susulan proses untuk memakaikan peranti berkenaan memakan masa terlalu lama hingga lima jam.

“Prosedur operasi standard (SOP) mengarut, nak pakaikan jam tracker tetapi kerajaan tidak sedia…jadi haru biru semua.

“Nak pakai jam tracker tapi ambil masa yang sangat lama..SOP yang tak sedia,” katanya.

Khairy dalam sidang media Sabtu lalu memaklumkan individu yang menjalani tempoh kuarantin wajib memakai gelang peranti pengesanan digital susulan peningkatan kes varian Omicron.

Menurutnya, pelaksanaan itu dibuat berikutan terdapat 30 daripada 49 varian Omicron di Malaysia yang dikesan pada 23 dan 24 Disember lalu adalah kes import dari Arab Saudi.

Sumber : Inforoadblock

Share.

Leave A Reply