Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun diikat ketika ditemui pihak berkuasa dalam sebuah rumah yang tidak diawasi.

Kejadian yang difahamkan berlaku di Kabupaten Timor Tengah Selatan, Indonesia tersebut tular selepas satu video berdurasi 2 minit 51 saat yang dimuat naik pada Isnin.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan sekumpulan penduduk dan pihak berkuasa memasuki sebuah rumah kayu sebelum menggeledah salah satu bilik.

Usaha tersebut akhirnya memperlihatkan seorang kanak-kanak berbaju kuning diikat dan ditinggalkan di atas lantai dengan keadaannya yang tidak terurus.

Melihat keadaan kanak-kanak malang itu, salah seorang pegawai terus mendokongnya dan dibawa ke perkarangan rumah sebelum difahamkan diberi bantuan sewajarnya.

Jurucakap polis mengesahkan kejadian berkenaan tidak berkaitan dengan sebarang kes penculikan, tetapi merupakan kes penganiayaan oleh seorang ibu angkat

“Ibu kepada kanak-kanak itu bekerja di Kalimantan, Indonesia dan mengambil keputusan untuk diberikan kepada seorang ibu angkat. Namun, dia tidak menyangka bahawa anaknya akan diseksa sedemikian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Wilayah, Pesuruhjaya Ariasandy berkata, kejadian berlaku ketika wanita tersebut mengikat kanak-kanak berkenaan kerana tiada penjaga setelah dia bekerja di salah satu kebun berhampiran.

“Ketika itu, ibu angkatnya sudah pergi ke kebun dan disebabkan kanak-kanak itu tidak berjaga, dia sudah diikat dan ditinggalkan dengan keadaan sedemikian.

“Kanak-kanak itu kerap bermain dengan najis sendiri setiap kali pergi ke tandas, jadi diikat untuk mengelakkannya daripada terus mengotorkan rumah,” katanya.

Tambahnya, laporan dibuat penduduk setempat yang mengetahui akan nasibnya dengan tindakan pihak polis berjaya menyelamatkannya daripada terus dianiaya.

Sumber : Majoriti

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBAC

Kanak-Kanak Yang Terjatuh Dari Tingkat 11 Meninggal Dunia

Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terjatuh dari tingkat 11 Rumah Pangsa Larkin di sini, petang semalam meninggal dunia tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kematian kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan menghembus nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Terdapat laporan polis dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mangsa meninggal dunia pada 12.30 tengah malam tadi ketika menerima rawatan di HSA,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, media melaporkan kanak-kanak 12 tahun patah tangan kiri dan dalam keadaan selamat selepas ditemukan tersangkut di bumbung kedai di tingkat bawah selepas terjatuh dari tingkat 11 bangunan terbabit.

Sumber :KMN

 

Share.

Leave A Reply