Sebuah kedai kasut jenama popular musnah dalam kebakaran di pusat beli-belah di sini, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.39 pagi dan tiba beberapa minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kedai kasut di tingkat satu di dalam pusat beli-belah itu, yang terbakar 100 peratus.

“Kejadian tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seramai 33 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Bangi, Bandar Tun Hussein Onn dan Kajang terlibat dalam operasi pemadaman itu.

Sumber : Buletin TV3

 

ARTIKEL LAIN YANG MENARIK UNTUK DIBACA

(VIDEO) Jakel Cawangan Shah Alam Terbakar Lagi Buat Kali Kedua

Wisma Jakel di Seksyen 7 di sini, mengalami kebakaran kali kedua apabila stor langsirnya terbakar tengah malam tadi.

WISMA Jakel Shah Alam terbakar kali kedua selepas bahagian simpanan kain langsir dijilat api dalam kejadian awal pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada 12.40 tengah malam.

Susulan itu katanya, sepasukan pegawai, anggota serta aset Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam; BBP Puchong; BBP Kota Anggerik;BBP Damansara; BBP Sungai Pinang; BBP Petaling Jaya dan BBP Kota Raja bergegas ke lokasi kejadian.

Image

Image

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 12.52 tengah malam dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 1.45 pagi.

“Api kemudian berjaya dipadamkan keseluruhannya pada 3.07 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Image

Image

Terdahulu, gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi 1 Januari lalu dan bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada 7.08 pagi sebelum kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira 10 jam kemudian.

JBPM Selangor kemudian menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden, semalam.

Difahamkan, laporan siasatan penuh mengenai punca kebakaran akan diperolehi dalam tempoh sebulan.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply