Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

(Video) Kejutan Buat Ibu, Hadiahkan Rumah Banglo Sebagai Tanda Penghargaan Bikin Menitis Air Mata |  Pengorbanan seorang ibu dikatakan tiada tolak bandingnya kerana tanpa pengorbanan mereka dalam bentuk masa, wang dan tenaga, mana mungkin seorang anak mampu mengecapi kejayaan yang didambakan selama ini. Bagi menghargai pengorbanan ibu, seorang anak telah menghadiahkan sebuah banglo mewah di Tijani Ukay, Ampang selepas tular sebuah video di media sosial, baru-baru ini.

(Video) Kejutan Buat Ibu, Hadiahkan Rumah Banglo Sebagai Tanda Penghargaan Bikin Menitis Air Mata

 

Video berdurasi 2 minit dan 16 saat tersebut menunjukkan seorang anak yang dikenali sebagai founder kepada produk kecantikan Seri Lady, Juzailah Shariff melakukan kejutan kepada ibunya dengan menghadiahkan sebuah rumah banglo mewah di kejiranan Tijani Ukay sebelum dia dilihat menyerahkan kunci rumah tersebut kepada ibunya.

Pada permulaan video yang tular itu,  Juzailah dilihat memberitahu ibunya untuk bersiap kerana ingin membawanya ke salah sebuah rumah kawannya yang tinggal berdekatan. Si ibu yang tidak mengesyaki apa-apa hanya turutkan saja permintaan anak sebelum mereka dilihat menaiki kereta jenis Toyota Velfire berwarna hitam untuk ke ‘rumah’ yang dikatakan milik kawan kepada anaknya itu.

Selepas mereka dilihat memasuki pintu gerbang ‘Tijani Ukay’, mereka telahpun tiba di hadapan sebuah rumah banglo berwarna putih dan memberitahu anaknya bahawa rumah tersebut sangat cantik. Alangkah terkejutnya dia selepas Juzailah memberitahu bahawa rumah tersebut adalah milik mereka. Si ibu yang dilihat tidak dapat menahan sebak terus mengalirkan air mata bersama anaknya sebelum dia dibawa memasuki rumah itu bagi melawat kawasan sekitar yang masih dalam penyelengaraan.

Namun ketika Juzailah membawa ibunya melawat rumah tersebut, tiba-tiba sahaja ibunya seperti hendak pengsan lalu dirinya dilihat rebah selepas dikatakan terkejut dengan rumah pemberian anaknya. Dia yang khuatir akan keadaan ibunya meminta pertolongan dari pembantu terdekat untuk memberikan segelas air supaya dapat menenangkan ibunya yang dilihat lemah dan tidak bermaya itu.

Video tersebut mendapat perhatian netizen selepas video tersebut memperoleh kira-kira 299.2 ribu tontonan serta ribuan komen dari warga net yang dilihat gembira serta terinspirasi untuk membuat kejutan sebegitu juga kepada ibu mereka.

Sumber: Twitter

Share.

Leave A Reply