“Dia Hanya Kanak-Kanak..” Keluarga Merayu Serahkan Mayat Kanak-Kanak Yang Terbunuh Dalam Pertempuran Shopian Di India | Tiga dipercayai merupakan ahli kumpulan kin militan telah dilaporkan terbunuh akibat pertempuran antara Pasukan Keselamatan di daerah Kashmir serta pasukan Militan dan antaranya adalah seorang kanak-kanak lelaki bawah umur yang telah dilaporkan hilang oleh keluarganya, baru-baru ini.

"Dia Hanya Kanak-Kanak.." Keluarga Merayu Serahkan Mayat Kanak-Kanak Yang Terbunuh Dalam Pertempuran Shopian Di India

Mangsa yang berusia kira-kira 14 tahun merupakan anak kepada seorang petani dan peniaga kenderaan dari sebuah kampung di daerah Shopian serta merupakan anak sulung dari empat adik beradiknya yang masih belajar di Kelas 10. Dia telah dilaporkan hilang oleh keluarganya pada hari Selasa selepas dilihat meninggalkan rumah minggu lalu.

Keluarganya kini dikatakan sedang membuat rayuan di laman web sistem alamat awam bagi memohon untuk kembalikan mayat mangsa kepada mereka namun dilaporkan tiada maklum balas yang telah diberikan kepada mereka mengenai permohonan tersebut.

Datuk kepada kanak-kanak tersebut telah membuat rayuan kepada pihak berkuasa untuk menyerahkan mayat mangsa kepada keluarganya supaya ia dapat disemadikan dengan sempurna di samping mereka tambahan pula, mangsa hanyalah seorang kanak-kanak yang masih tidak tahu apa-apa.

Dia juga memberitahu bahawa ahli keluarga mereka beranggapan bahawa mangsa hanya sekadar keluar bermain kriket bersama teman-teman sebelum dilaporkan tidak pulang pada petang hari tersebut.  Mereka juga dikatakan telah cuba menghubungi mangsa bagi menanyakan keberadaan dirinya namun didapati telefon bimbit mangsa telah dimatikan.

Apabila diminta untuk mengulas mengenai pengetahuan ahli keluarganya tentang penyertaan kanak-kanak tersebut dalam kumpulan militan, datuknya berkata bahawa mereka tidak mengetahui bahawa dia telah menyertai kumpulan tersebut kerana dia dilihat seperti kanak-kanak yang lain, iaitu keluar bermain kriket ketika petang bersama rakan-rakan serta belajar di sekolah iaitu di kelas 10.

Jurucakap polis, Khalid Ahmad mengulas bahawa keluarga kanak-kanak lelaki tersebut telah menfailkan laporan kehilangannya baru-baru ini dan mengatakan kanak-kanak yang hilang tersebut adalah dalam lingkungan 14-16 tahun. Kanak-kanak tersebut dilaporkan terpengaruh akan rakannya yang turut terbunuh iaitu dikenali sebagai asif, 19, untuk menyertai pasukan ketenteraan menurut Khalid.

Dia juga dilaporkan menelefon datuknya dan ia mengejutkan mereka selepas dia dikatakan terperangkap dalam pertempuran yang berlaku antara pasukan penyelamat dan kumpulan militan. Selepas mendengar cerita mangsa, datuknya telah meminta kanak-kanak lelaki tersebut untuk angkat tangan dan keluar bagi menyerahkan diri namun dia menjawab untuk berfikir dahulu sebelum dia kedengaran menjatuhkan telefonnya.

Kematian kanak-kanak lelaki ini telah mendatangkan kemarahan orang awam kepada pasukan penyelamat serta kumpulan militan kerana pasukan penyelamat telah menggelarkan kanak-kanak tersebut sebagai ‘pengganas’ manakala kumpulan militan pula kerana mereka telah merekrut kanak-kanak dibawah umur ke dalam kumpulan mereka.

Sumber: Hindustan Times

Share.

Leave A Reply