Tular Seekor Anak Kambing Berwajah Manusia di India| Pelik tapi benar itulah kata-kata yang sesuai untuk mengambarkan situasi mengenai seekor kambing yang dilahirkan di India dengan wajahnya yang seakan-akan manusia sehingga mengejutkan penduduk sekitar.

Tular Seekor Anak Kambing Berwajah Manusia di India

Kejadian yang berlaku di Gujarit, India ini berjaya mengejutkan seorang petani yang melihat anak kambing yang baru dilahirkan itu memiliki rupa paras dan sifat yang lengkap persis seorang manusia.

Times Now News dalam laporannya mengatakan anak kambing yang dilahirkan di rumah petani terbabit pada 9 April di Seltipada, Songadh City, daerah Surat itu turut mempunyai janggut dan tidak mempunyai ekor sama sekali.

Anak kambing itu juga mempunyai wajah yang jelas seperti seorang manusia dan sangat ketara di pada dahi mata dan mulut. Walaubagaimanapun, haiwan ini mempunyai kaki empat dan telinga seperti kambing lain.

Berita mengenai kelahiran anak kambing itu mendapat perhatian di media sosial dan mengemparkan orang ramai.

Petani tersebut, Ajaybhai Vasana berkata, Sepanjang tempoh membunting anak kambing tersebut si ibu kambing langsung tidak menunjukkan sebarang keganjilan.

Katanya lagi, ketika merawat ibu kambing itu dia perasaan ada sesuatu yang pelik mengenai anak kambing tersebut.

Dalam rakaman video yang berdurasi selama 15 saat itu dapat dilihat anak kambing itu terbaring dan dibalut menggunakan kain.

Walaubagaimanapun, anak kambing berkenaan dilaporkan mati selepas 10 minit dilahirkan.

Kejadian ini mengundang banyak pandangan daripada pelbagai pihak di mana warganet beranggapan bahawa kelahiran itu berpunca daripada mutasi genetik manakala bagi penduduk tempatan mereka beranggapan bahawa anak kambing tersebut sebagai jelmaan tuhan mahupun nenek moyang mereka.

Oleh itu mereka mengebumikan anak kambing tersebut dengan mengadakan upacara khas keagamaan bagi memberi penghormatan kepadanya.

Sumber: Metro, Sinar Harian

Share.

Leave A Reply