Empat mangsa berdepan detik cemas apabila kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 3 Jambatan Pulau Pinang berdekatan kawasan perusahaan Perai di sini awal pagi tadi.

Difahamkan, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam kira-kira pukul 1 pagi.

Kemalangan berlaku membabitkan dua kenderaan kermasuk yang dinaiki mangsa dan jenis Mercedes Benz.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Hafizal Timaradin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 1.08 pagi.

May be an image of 4 people, car and road

Menurutnya, operasi menyelamat mangsa membabitkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai.

“Peratusan kemusnahan kebakaran kereta terbabit dianggarkan hampir 100 peratus. Terdapat empat orang mangsa dan mereka berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 1.19 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya kurang lima minit kemudian,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 2.20 pagi dan kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber : Kosmo

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Isteri Sesak Nafas Balik Rumah, Terkejut Rumah Terbakar

SUNGAI PETANI – Seorang suri rumah sesak nafas sehingga terpaksa diberikan bantuan oksigen oleh jirannya selepas terkejut melihat rumahnya di Taman Ria Jaya di sini terbakar pada pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, Siti Aisyah berusia lingkungan 50-an yang baru tiba di rumahnya tiba-tiba rebah dan ditenangkan suami, Zulkifli Hassan, 63, serta beberapa jiran serta diberi bantuan pernafasan menggunakan alat bantuan oksigen milik jiran.

Ketika kejadian Siti Aisyah dan suaminya tiada di rumah kerana keluar membeli barangan dapur di pasar dekat perumahan tersebut.

Mangsa yang mempunyai masalah jantung kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini menggunakan jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Syobirin Ab. Kadir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada pukul 9.21 pagi tadi.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply