(Video) Kes Buli Siber Yang Menakutkan Di Malaysia. Jom Tengok! | Generasi masa kini menghabiskan masa di atas talian lebih daripada sebelumnya gara-gara kewujudan internet. Setiap hari mereka menggunakan telefon pintar, tablet dan komputer bukan sahaja untuk hiburan dan pendidikan tetapi juga untuk bersosial.
Penggunaan gajet sebagai alat komunikasi bukanlah suatu yang membahayakan namun, seperti mana-mana aktiviti sosial yang lain, risiko untuk kejadian buli boleh berlaku secara atas talian dalam bentuk cyberbully atau buli siber.
Apa itu buli siber? ia ditakrifkan sebagai tingkah laku yang dilakukan melalui media elektronik oleh individu atau kumpulan individu secara berulang kali dengan mesej bermusuhan atau agresif bertujuan untuk menimbulkan kemudaratan atau ketidakselesaan pada yang lain.
Realiti buli siber di Malaysia adalah membimbangkan selepas ia menduduki tempat ketiga ancaman terbesar sejurus jenayah penipuan serta pengodaman atas talian. Oleh itu, mari ikuti perkongsian saudara Shafiq Supian berkenaan gejala buli siber serta kes-kes berkenaan gejala ini yang kini dilihat sangat membimbangkan.