(Video) Klang ‘Trending’, Banjir Teruk Akibat Hujan Lebat |ย Cuaca hujan yang berterusan sejak semalam masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda akan reda. Malah beberapa kawasan dan negeri di sekitar Semenanjung pula telah pun dinaiki air banjir.

(Video) Klang 'Trending', Banjir Teruk Akibat Hujan Lebat

Semalam, warganet merakamkan beberapa foto dan video memaparkan keadaan hujan lebat, banjir dan pokok tumbang di Kuantan, Pahang. Antara lokasi utama yang terjejas termasuklah Gambang, Bandar Kuantan, Pekan Belimbing dan lain-lain.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama di Shah Alam dan Klang pula mendapati antara lokasi terkini yang dilapor terjejas adalah di sekitar Kampung Jalan Kebun Seksyen 30, Kampung Johan Setia dan Jalan Sungai Kandis.

Difahamkan, banjir yang belum surut itu berlaku berikutan cuaca hujan lebat yang masih belum reda sejak semalam. Berikut di bawah adalah beberapa foto yang dirakam Mohd Asri Saifuddin Mamat menerusi Bernama.

(Video) Klang 'Trending', Banjir Teruk Akibat Hujan Lebat

(Video) Klang 'Trending', Banjir Teruk Akibat Hujan Lebat

(Video) Klang 'Trending', Banjir Teruk Akibat Hujan Lebat

(Video) Klang 'Trending', Banjir Teruk Akibat Hujan Lebat

Sementara itu di Twitter, ramai warganet turut berkongsi keadaan banjir di lokasi masing-masing, selain turut memuat naik rakaman video kediaman mereka yang dinaiki air banjir.

โ€˜Klangโ€™ juga menjadi tanda pagar (hashtag) yang trending di Twitter. Berikut di bawah adalah beberapa luahan warganet.

Sumber : SK, Twitter

 

Share.

Leave A Reply