Korea Utara: Rakyat Tidak Dibenar Senyum, Sambut 10 Tahun Kemating Kim Jong Il | Korea Utara dilaporkan telah melarang rakyatnya menunjukkan ekspresi senyum atau ketawa selama 11 hari bagi mengenang 10 tahun kematian pemerintah terdahulu, Kim Jong Il.
Negara itu yang kini dipimpin anaknya, Kim Jong Un turut melarang rakyatnya meminum minuman keras serta berbelanja barangan makanan mulai semalam, sempena ulang tahun kematian Kim Jong Il.
Seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan berkata, selama tempoh berkabung itu mereka juga tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti riadah dan rekreasi.
Sambungnya, jika ada ahli keluarga meninggal dunia ketika tempoh ini, kami juga tidak boleh menangis dan mayatnya perlu dibawa segera selain mereka juga tidak dibenarkan untuk meraikan ulang tahun kelahiran, menerusi laporan Live Mint.
Seorang lagi sumber berkata, lazimnya tempoh berkabung berlangsung 10 hari, namun tahun ini ia dilanjutkan sehari sempena sedekad kematian Kim Jong Il.
Dia menjelaskan bahawa terdahulu, ramai yang meminum arak dan mabuk selama tempoh berkabung selain mereka juga ditangkap dan dilayan seperti penjenayah.
Mereka dilaporkan telah ditahan dan tidak pernah kembali lagi selepas itu.
Katanya, polis telah diarahkan untuk menahan mereka yang tidak mengikuti peraturan sepanjang tempoh berkabung.
Kim Jong Il dikhabarkan telah memerintah Korea Utara sejak 1994 hingga meninggal dunia dalam usia 69 tahun pada 2011 akibat serangan jantung.
Sumber: Live Mint