(VIDEO) Lagi Harimau Berkeliaran, Kali Ini Berdekatan Cameron Highlands. | IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak sedang menyiasat dakwaan terdapat harimau belang yang berkeliaran di kawasan semak berhampiran Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, baru-baru ini.
Pengarahnya Yusof Shariff berkata pihaknya telah menghantar Unit Harimau ke lokasi berkenaan untuk tindakan lanjut.
“Siasatan sedang dijalankan selepas pihak kami mengesan video tular ini pada kira-kira pukul 10 malam tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Video berdurasi 17 saat itu tular menerusi aplikasi TikTok menunjukkan seekor harimau berjalan di celahan semak samun di kawasan berbukit.
#simpangpulai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang menyiasat dakwaan terdapat harimau belang yang berkeliaran di kawasan semak berhampiran Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini baru-baru ini. pic.twitter.com/BLQIfsohaU
— Perak Press (@PerakPress) February 5, 2022
Pemilik media sosial itu turut mendakwa lokasi terbabit ialah selepas Cafe Banjaran yang terletak berhampiran kawasan rehat dan rawat serta meminta orang ramai berhati-hati.
Sumber: FMT