(Video) Lelaki Bertaruh Nyawa Pakai Kostum ‘Usik’ Buaya Sebenar | Video lelaki memakai kostum buaya yang ‘mengusik’ buaya sebenar, semakin mendapat perhatian di media sosial di India.
Klip video pendek itu dimuat naik di Twitter oleh seorang individu bernama Narendra Singh.
Bagaimanapun, ia tidak menyertakan lokasi kejadian berkenaan dan tarikh video itu dirakam.
Tonton rakaman detik menakutkan tersebut :
कौन सा नशा किए थे…#crocodile #Viral #TrendingNow pic.twitter.com/VHTMF56ope
— Narendra Singh (@NarendraNeer007) December 8, 2022
Berdasarkan video itu, ia menunjukkan seorang lelaki mempertaruhkan nyawanya dengan mendekati buaya secara berbahaya dan ‘mengusik’ reptilia itu berulang kali.
“Kaunsa nasha kiye hai… (Ubat apa yang dia ambil?)” kapsyen siaran itu dibaca, yang mendapat ratusan tanda suka dan komen.
LELAKI BARING TEPI SUNGAI
Rakaman berdurasi 10 saat itu menunjukkan seorang lelaki berbaring di tebing sungai, memakai kostum buaya.
Ketika reptilia itu berjemur di bawah sinar matahari, lelaki itu kelihatan mengeluarkan tangannya dari kostum itu dan menarik kaki buaya itu berulang kali.
Video yang tular di beberapa platform media sosial itu membuatkan netizen terkejut.
Seorang pengguna menulis bahawa jurang antara keberanian dan kebodohan sangat sempit.
Pengguna lain kata, cara mati yang kreatif.
Pengguna ketiga mengulas: “Semua keseronokan dan permainan sehingga yang sebenar membawanya ‘mengembara’ di perairan.”
Sumber: Harian Metro
Artikel Lain
Buaya Lapan Kaki Masuk Rumah Cari Makanan
Buaya Lapan Kaki Masuk Rumah Cari Makanan | Di sebuah kampung Jaitai, Etawah, di Uttar Pradesh, India, seekor buaya masuk ke dalam rumah. Untuk mencari makanan hingga mengejutkan sebuah keluarga yang sedang tidur lena.
Kejadian itu berlaku sekitar pada jam 10:30 malam pada 29 Oktober baru-baru ini apabila keluarga berkenaan dikejutkan dengan bunyi kambing.
Lebih mengejutkan mereka adalah apabila mereka menjumpai buaya lebih kurang lapan kaki berhampiran dengan kambing tersebut.
Kemudian, keluarga itu terus bertindak pantas menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan.
Pihak polis menyarankan mereka untuk mengunci rumah bagi memudahkan proses untuk menangkap reptilia tersebut.
Disebabkan kejadian tersebut, keluarga mangsa sanggup berjaga sepanjang malam bagi memastikan buaya itu terkunci di dalam rumah.
OPERASI PENYELAMAT
Sementara itu, Jabatan Hidupan Liar tiba di tempat kejadian sekitar 6 pagi keesokannya dan terus memulakan operasi menyelamat.
Dr Ashish Tripathi, Jurucakap Jabatan Hidupan Liar menasihatkan polis supaya mengurung buaya tersebut di dalam rumah.
Menurut The Independent, pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 1 jam untuk menangkap buaya itu.
Singh menyatakan bahawa mereka tidak tahu bagaimana buaya itu boleh masuk ke dalam rumah. Apabila mereka mendengar bunyi kambing pada waktu malam, mereka sedar ada sesuatu yang tak kena dan menemui seekor buaya.
Imbas kembali semasa kejadian, ibu mangsa mula menjerit sejurus mereka menemui reptilia tersebut.
ANAK TERKEJUT
Anak perempuannya yang terkejut, lantas membuka pintu biliknya untuk memastikan keadaan yang sebenar, tetapi tiba-tiba buaya tersebut meluru masuk ke dalam biliknya.
Disebabkan jeritan, jiran-jiran mula berkumpul di sekeliling rumah. Malah, penduduk kampung turut berjaga bersama keluarga itu sehingga bantuan tiba pada awal pagi keesokan harinya.
Menurut Dr Tripathi, buaya tersebut bukanlah buaya dewasa tetapi hanya buaya remaja yang pergi keluar mencari makanan.
Doktor menyatakan bahawa mereka memeriksa buaya itu dan mendapati ia sepanjang lapan kaki manakala umurnya antara 1.5 hingga dua tahun.
Beliau bertambah lagi, penduduk kampung sangat takut tetapi mereka memutuskan untuk tidak menjalankan operasi menyelamat pada waktu malam kerana buaya ini sangat agresif.
Menurut Dr Tripathi, reptilia ini berasal dari air tawar berhampiran dan ia dilepaskan semula ke habitatnya.
Sumber: Siakap Keli