Penjaga Palang Lompat Depan Tren. Ini Sebabnya. | Aksi berani dan lagak adiwira seorang penjaga palang lintasan landasan kereta api di Lamongan, wilayah Jawa Timur menjadi tular di media sosial Indonesia selepas dia melompat di hadapan tren yang meluncur laju demi menyelamatkan seorang penunggang motosikal, lapor portal berita Okezone.

Berdasarkan video tular yang dikongsikan dalam akaun Instagram @kisahsemangat, seorang penunggang motosikal pada awalnya dilihat cuba melintasi landasan kereta api dan tidak menyedari sebuah tren sedang meluncur laju ke arahnya.

Meskipun kereta api sudah membunyikan hon dari jauh, penunggang motosikal itu dilihat tetap cuba melintas meskipun tren semakin dekat.

Melihatkan keadaan itu, penjaga palang yang berada di seberang jalan meluru lari ke arahnya dan cuba menghentikan tindakan penunggang motosikal tersebut.

Dia kemudian terjatuh dan nyaris dilanggar kereta api namun, terselamat meskipun mengalami kecederaan.

Video itu menjadi ‘viral’ dan menerima pelbagai komen netizen. Antara komennya adalah:

“Masya Allah pak cik. Pak cik ini perlu diberi penghargaan @jokowi,” kata seorang netizen sambil menyebut akaun milik Presiden Joko Widodo (Jokowi).

“Info terkini adalah penjaga palang pagar kereta api itu mengalami patah tulang ketika terjatuh. Dia masih dirawat di hospital,” kata seorang lagi pengguna yang lain.

Sumber: Kosmo

 

Artikel Lain

VIRAL Video Kereta Api Jalan Depan Rumah

Tular berkenaan sebuah kereta api yang melalui perkampungan di Indonesia dengan jarak hanya beberapa meter sahaja dari kediaman baru-baru ini, lapor Indozone.

VIRAL Video Kereta Api Jalan Depan Rumah

Difahamkan, landasan kereta api itu terletak di tengah-tengah kampung iaitu Desa Pengok dan Desa Demangan di Kecamatan Gondokusuman, Daerah Istimewa Yogyakarta.

VIRAL Video Kereta Api Jalan Depan Rumah

Dalam kesibukan penduduk kampung yang berulang alik melalui jalan kampung tersebut. Terdapat  landasan kereta api yang melalui betul-betul di hadapan rumah penduduk di sekitar kampung itu.

Walau bagaimanapun, kereta api yang melintasi kampung Pengok bergerak dengan kadar perlahan dan sentiasa membunyikan hon.

Perkara itu bertujuan bagi memastikan penduduk kampung dan kenderaan yang melalui Jalan Mutiara menyedari kehadiran kereta api yang lalu-lalang.

Menurut Indozone, laluan kereta api itu tidak dikawal atau dijaga oleh mana-mana petugas.

“Kami sudah terbiasa dengan kereta api yang melalui dan tidak terganggu dengannya. Dan harus berwaspada jika melalui jalan di sini.

Malah tidak ada pemandangan seperti ini di kampung lain,” kata Deni salah seorang penduduk yang ditemui kakitangan Indozone.

VIRAL Video Kereta Api Jalan Depan Rumah

Untuk makluman, Kampung Pengok terletak ditengah-tengah antara Stesen Lempuyangan dan Balai Yasa Yogjakarta iaitu tempat penyelenggaraan kereta api atau bengkel.

Sementara itu,  kereta api yang melalui Jalan Mutiara di Kampung Pengok pasti akan menuju ke arah Balai Yasa untuk baik pulih ataupun dari Balai Yasa ke Stesen Lempuyangan.

Sumber : SK

 

Wanita Maut Ditolak Lelaki Asing Di Hadapan Kereta Api

Wanita Maut Ditolak Lelaki Asing Di Hadapan Kereta Api | Seorang wanita maut selepas ditolak di hadapan sebuah kereta api bawah tanah yang sedang bergerak di Times Square, Bandar Raya New York, malam semalam, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Jabatan Polis New York (NYPD) berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 10.39 malam (waktu tempatan) di stesen Times Square–42nd Street selepas ditolak dari platform ke laluan kereta api yang menghala ke arah selatan.

Mangsa merupakan seorang wanita dari Asia berusia 40 tahun.

Penyerang dikenali sebagai Simon Martial adalah seorang gelandangan berusia 61 tahun, demikian menurut taklimat berita oleh Pesuruhjaya NYPD, Keechant Sewell.

“Tiada provokasi dilihat ketika insiden. Mangsa dilihat tidak berinteraksi dengan suspek,’’ kata Sewell.

Suspek bagaimanapun dilaporkan ada mengejek wanita lain yang bukan dari Asia sebelum kejadian itu.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply