Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita di sebuah masjid Seksyen 18, Shah Alam mengundang perhatian ramai apabila tertuduh didakwa mencuri telefon bimbit ketika jemaah sedang menunaikan solat subuh pada Rabu.

Ketika kejadian, suspek terlebih dahulu mengambil pakaian telekung di rak almari sebelum memeriksa kawasan sekeliling bagi memastikan tindakannya tidak disedari mana-mana pihak.

Selesai memeriksa kawasan sekeliling, suspek kemudiannya menceroboh masuk ke kawasan solat wanita dan memulakan kegiatan mencuri.

Pun begitu, perbuatannya berjaya dirakamkan menerusi kamera litar tertutup CCTV masjid berkenaan dan video tersebut hangat diperkatakan di laman Twitter.

Salah seorang jemaah telah kehilangan sebuah telefon bimbit jenama iPhone dan keluarga mangsa telah memuat naik rakaman kes terbabit di laman media.

Difahamkan, kejadian itu bukan kali pertama berlaku selepas seorang lagi mangsa turut mendakwa bahawa ibunya juga pernah mengalami nasib yang sama sebelum ini.

Adibhabib mendakwa, ibunya juga turut kehilangan telefon bimbit ketika menunaikan solat di masjid tersebut.

“Perkara yang sama terjadi pada ibu saya ketika dia sedang solat isyak di masjid itu, rasanya suspek lelaki yang sama sebab ada rakaman video CCTV,” katanya.

Sementara itu, Azfar menggesa agar orang ramai yang mengenali identiti pencuri itu untuk tampil memberikannya maklumat secepat mungkin.

“Mohon pertolongan warga Shah Alam yang kenal hamba ALLAH yang sanggup mencuri telefon iPhone X mak saya, beritahu dia untuk pulangkan segera.

“Saya tawarkan ganjaran kepada yang boleh berikan maklumat atau sesiapa sahaja yang dapat pulangkan semua telefon itu,” ujarnya dalam satu kenyataan di Twitter.

Dalam pada itu, belum ada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut oleh mangsa dan segala bukti dikongsikan agar insiden itu tular dan meraih perhatian ramai.

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Remaja Kantoi Curi Duit Tabung Masjid. ADA VIDEO

Tindakan seorang remaja lelaki mencuri duit tabung sebuah masjid di Pontian, Johor membawa padah apabila dia diberkas polis pada hari sama kejadian itu dilaporkan Khamis lalu.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan perbuatan suspek berusia 16 tahun itu yang kemudiannya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 2 minit 19 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter NanManjoi8715 memaparkan rakaman seorang lelaki mencuri duit tabung masjid.

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada Ahad 20 November kira-kira pukul 10.58 pagi di sebuah masjid di Ayer Baloi dan laporan polis dibuat oleh pengurusan masjid tiga hari kemudian.

“Bertindak atas maklumat, pada 23 November kira-kira pukul 3 petang, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Pontian telah membuat tangkapan ke atas suspek berumur 16 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohammad Shofee dalam pada itu berkata, berhubung dengan kejadian itu, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Katanya, jika disabitkan kesalahan suspek boleh dipenjara maksimum sepuluh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply