Tindakan ganas seorang lelaki yang memukul dan mengasari pemandu di Bintulu, Sarawak, pada Selasa mengundang perhatian ramai susulan insiden tersebut didakwa menyebabkan laluan jalan raya bertukar sesak ketika kejadian.

Suspek berbaju hitam dan berseluar biru itu dipercayai bertindak sedemikian akibat berang dengan tindakan mangsa yang membunyikan hon berulang kali ketika memandu.

Gagal mengawal kemarahan, suspek kemudiannya mengekori kereta mangsa dan mula bertindak kasar apabila dilihat menumbuk dan menendang ketika kejadian.

Dikongsikan di laman media Facebook, rakaman tular itu hangat diperkatakan warganet dan menerima lebih 300 perkongsian setakat ini.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu dalam kenyataannya berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah stesen minyak dan suspek mengekori mangsa kerana tidak berpuas hati.

Semakan rekod lampau juga mendapati mangsa mempunyai satu rekod kesalahan di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah, khianat ke atas kenderaan dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

Susulan kes tersebut, polis Bintulu memberi peringatan tegas akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang kegiatan dan aktiviti melibatkan samseng jalanan yang boleh menggugat keselamatan orang awam.

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Polis Cari Pemandu Myvi Tunjuk Isyarat Luc@h | Polis sedang mengesan seorang pemandu Perodua Myvi yang dikesan memandu secara melulu dan berlagak samseng seperti dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, semalam.

Pemandu Perodua Myvi memberhentikan kenderaan di tengah jalan dan menunjukkan isyarat lucah di Jalan PJS8, Petaling Jaya, yang tular di media sosial, semalam. - Foto tular

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata video itu dikesan tular di media sosial oleh pihak polis pada jam 8.30 malam tadi sebelum semakan dijalankan.

Beliau berkata, semakan dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

Beliau juga berkata video dari rakaman kamera papan pemuka itu memaparkan sebuah Perodua Myvi dipandu secara bahaya dengan pemandu bertindak memberhentikan kenderaannya di tengah jalan.

Beliau berkata dalam kenyataan, hari ini bahawa berdasarkan rakaman video itu, kejadian ini berlaku jam 5.05 petang semalam di Jalan PJS 8 berhadapan Menara The One Academy, Petaling Jaya.

Hasil pemerhatian polis kejadian itu tidak membabitkan kemalangan atau kecederaan kepada pemandu lain.

Beliau bertambah lagi, bagaimanapun, kita minta pihak yang merakam kejadian itu tampil ke BSPT IPD Petaling Jaya untuk membantu siasatan polis.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kita minta saksi dan pihak yang terbabit kejadian itu untuk tampil membantu siasatan polis.

Ku Mashariman, berkata maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.Menerusi video yang tular itu, kelihatan pemandu Myvi memotong secara melulu sebelum membrek dengan mengejut di hadapan sebuah kenderaan yang merakam video.

Pemandu Myvi kemudian dilihat keluar dari keretanya sebelum menunjukkan isyarat lucah serta memarahi pemandu berkenaan.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply