Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemukan di perairan berhampiran Pulau Perhentian di sini, kira-kira pukul 11.30 pagi, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, mayat itu dijumpai kira-kira 11 kilometer (km) dari pulau tersebut.
Menurut beliau, mayat wanita berkenaan dijumpai seorang pemancing yang kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak polis di Balai Polis Pulau Perhentian.
“Pemancing itu bertindak menarik dan mengikat mayat tersebut di sebuah unjang bagi mengelakkan daripada hanyut sebelum membuat laporan polis.
“Memandangkan cuaca buruk, pihak polis hanya dapat ke lokasi kejadian, hari ini dan menemukan mayat wanita itu masih terapung berdekatan kawasan unjang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau memberitahu, mangsa dijumpai dalam keadaan hanya berbaju dan bersarung tangan dan pihaknya belum dapat mengenal pasti warga negara atau identiti mayat wanita berkenaan.
Katanya, siasatan awal juga tidak menemukan sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut,” ujarnya.
Sumber : UM
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA LAGI
Mayat Pemancing Lemas Di Lanchang Ditemukan Terapung
Mayat seorang lelaki dipercayai lemas ketika memancing berhampiran jambatan Mempatih, Lanchang di sini pada Selasa lalu ditemukan terapung hari ini.
Mayat mangsa, Muhammad Ikram, 23, ditemukan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan dibantu oleh Unit Anjing Pengesan (K9) pukul 8.30 pagi.
Timbalan Pengarah (Operasi) JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat dijumpai kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.
Menurutnya, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan yang sempurna dan berseluar.
Beliau berkata, Muhammad Ikhram dilaporkan memancing bersama rakannya sebelum dikatakan terjatuh dari tebing sungai itu.
Beliau juga berkata dalam kenyataan hari ini bahawa ketika ditemukan, mayat mangsa dalam keadaan sempurna dan sudah dihantar ke hospital berhampiran bagi tujuan pemeriksaan lanjut.
Ini insiden kedua selepas seorang lelaki berusia 19 tahun lemas di Sungai Pahang berdekatan Kampung Batu Bor, Bera empat hari lalu.
Sumber: KMN