Video Motosikal Patah Dua Selepas Langgar Bonggol. | PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah adiknya mengenai sebuah insiden melibatkan motosikal jenis Yamaha 125ZR yang terpatah dua selepas melanggar bonggol.

Menerusi perkongsian Lynn AR di akaun TikTok miliknya berkata, adiknya yang sudah terbiasa pulang kerja memeriksa rakaman CCTV di rumah mereka terkejut apabila melihat insiden tersebut.

“Berlaku betul-betul depan rumah adik aku time (semasa) dia pergi kerja. Dia selalu periksa CCTV setiap kali balik rumah. Tak sangka ada kejadian ini,” katanya.

Tambah Lynn, dia berharap penunggang motosikal dapat mengambil iktibar kejadian ini.

“Semoga yang terlibat tak cedera serius. Pengajaran untuk semua penunggang motosikal. Periksa dulu sebelum bawa. Mujur tak ada kenderaan lain dekat depan atau belakang motosikal,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pandangan mengenai kejadian ini.

“Aduhai kesiannya. Nasib baik tak berlaku di jalan yang sesak. Harap tak terbeli yang sambung ‘welding’. Kesian ‘brother’ tu,” ujar Mohd Hafiz Pakdo.

Perkongsian tersebut memperoleh lebih 400,000 tontonan dan 18,400 tanda suka.

@lynnar78 Berlaku betul2 dpn umah adik aku time dia pegi keje. Dia selalu check cctv setiap kali blk umah. x sangka ade kejadian ni. Semoga yg terlibat x cedera serius. Pengajaran utk semua penunggang motor. Check dulu sblm bwk. mujur xde kenderaan lain kat dpn atau blkg motor. #masukberandafyp #masukberanda #fypシ゚viral #125zr #patahdua ♬ original sound – LYNN AR

Sumber : Kosmo

 

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

Sempat Rasa Kereta Baharu 2 Jam Slps Tunggu 8 Bulan.

Sempat Rasa Kereta Baharu 2 Jam Slps Tunggu 8 Bulan. | PETALING JAYA – Dugaan menimpa sebuah keluarga apabila hanya sempat merasai kegembiraan menaiki kereta Perodua Alza baharu kira-kira dua jam, sebelum berdepan kemalangan didakwa dilanggar kereta lain.

Kisah sedih itu dimuat naik seorang pemilik Facebook dikenali sebagai Ea Sya yang berkongsi gambar keadaan kereta Perodua Alzanya selepas dilanggar kenderaan lain pada ‘group’ Perodua Alza D27A Malaysia.

“Pada 13 Mei 2023, malang tak berbau. Kegembiraan kami membawa duka dan tragis untuk keluarga kami. Kereta baru ambil dari Kuala Lumpur balik dalam perjalanan ke Johor Bharu, dua jam memandu sudah kena langgar dari belakang.

“Hanya Allah sahaja tahu rasa terkilan kami. Tunggu Alza lapan bulan, pakai dua jam sudah kena langgar. Doakan kami sekeluarga kuat,” katanya menerusi perkongsian tersebut.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, keadaan kereta warna hitam itu sangat teruk di bahagian belakang dan depan selain cerminnya pecah.

Perkongsian itu mendapat maklum balas simpati daripada orang ramai yang bersedih atas ujian dihadapi wanita tersebut.

“Allahuakbar, berat ujian. Nampak macam ‘total lost’. Semoga dipermudahkan urusan anda sekeluarga,” komen Misbah Movic.

“Semoga bertabah ujian dengan ujian ini puan sekeluarga. Insya-Allah ada rezeki lebih baik,” kata Asyraf Samsudin.

Dalam pada itu, ada pengguna Rayyah Rich Trading memaklumkan, wanita itu boleh mendapatkan kereta baharu ekoran kejadian tersebut.

“Insya-Allah untuk awak, insurans akan ganti kesemuanya, jadi awak boleh ambil kereta baharu. Kena tunggu giliran, tunggu siasatan. Makan masa juga tu.

“Tapi saya rasa pemilik kereta akan ambil kereta lain selepas trauma dengan kejadian ni. Saya cuma bantu bagi semangat yang pemilik kereta akan terima pampasan, itu sahaja,” katanya.

Sumber : Kosmo

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

Ferrari RM 12.9 Juta Tak Sempat Sampai Kepada Pemiliknya.

Ferrari RM 12.9 Juta Tak Sempat Sampai Kepada Pemiliknya. | LONDON – Sebuah jentera mewah jenama Ferrari Enzo yang merupakan antara kereta paling jarang ditemui di dunia, musnah dalam satu kemalangan ngeri di laluan berkembar di Jersey, England, lapor akhbar Daily Star UK kelmarin.

Kemalangan ngeri itu berlaku pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) pada Khamis lalu.

Model Ferrari yang dinamakan sempena nama pengasasnya iaitu Ferrari Enzo, dipercayai bernilai sekitar £2.5 juta (RM12.9 juta) dan hanya terdapat 400 buah yang dikeluarkan di seluruh dunia.

Kemalangan yang berlaku di Victoria Avenue itu melibatkan pertembungan dengan sebuah kereta Honda Jazz.

Laluan berkembar itu ditutup dan perkhidmatan kecemasan berada di lokasi kejadian selama beberapa jam dengan Polis Jersi menggesa pemandu mengelak melalui kawasan itu.

“Ferrari Enzo itu sedang menuju ke arah bandar, melepasi lampu isyarat sebelum terbabas di atas pembahagi jalan dan berpusing sebelum bertembung,” demikian menurut kenyataan seorang saksi.

Jentera Ferrari Enzo mempunyai kelajuan maksimum sekitar 346 kilometer sejam dan dilengkapi dengan teknologi kereta lumba Formula Satu (F1).

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu tetapi seorang pemandu warga emas telah dibawa ke jabatan kecemasan hospital berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Terdapat laporan yang belum disahkan bahawa Ferrari itu sebenarnya dalam perjalanan untuk dihantar kepada pemilik baharunya. – Agensi

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply