(Video) Netizen Risau Lihat Ayah Hantar Anak Ke Sekolah Naik Pesawat ‘Microlight’ | Unik dan istimewa, apabila seorang ayah menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki sebuah pesawat ‘Microlight’, di Pedas, Negeri Sembilan.

Di dalam video yang dimuat naik oleh @kuziking4 di TikTok kelihatan dirinya sedang terbang di udara bersama anak lelaki di sebelahnya, dengan hanya memakai kain pelikat dan topi keledar.

Tonton video terbabit :

Katanya, pesawat itu boleh terbang sehingga 500 meter di udara dan berharga RM40,000 hingga RM100,000 sebuah.

Dia juga sering berkongsikan aktiviti menerbangkan pesawat ‘microlight’ itu di akaun TikToknya sehingga berjaya mencuri tumpuan orang ramai.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen kagum dengan ‘hobi mahal’ lelaki itu yang jarang-jarang dilakukan oleh rakyat negara ini, selain memuji keberanian anaknya menaiki pesawat tersebut.

“Lama tunggu ‘kereta terbang’, akhirnya ada pun. Jarang terjadi ini ayah hantar anak ke sekolah naik pesawat,” komen seorang netizen.

“Pengalaman tidak ternilai untuk si kecil itu.. semoga menjadi juruterbang suatu hari nanti,” komen netizen yang lain pula.

“Budak ni pasti akan menjadi bualan mulut kanak-kanak lain dan guru. So far ini paling epic lah. Kalau tak dulu orang akan tanya kau pergi sekolah ayah kau naik apa, naik BMW/Mercedes dan lain-lain. Namun budak ini, ayah aku hantar aku pakai kapal terbang, Memang win,” kata netizen lagi.

“Pilot terlatih ni, dengan izin Allah, mereka akan terbang dengan selamat, Jangan risau, Allah jaga,” tulis netizen lain.

“Kemas adik, kecil-kecil ayah hantar pergi sekolah ikut jalan atas,” ujar seseorang dikomen.

“Saya selute abang boleh menerbangkan benda alah ni,cuma bang saya nak tegur satu saja bang, safety belt tu better 4 point punya, simple sangat tu,” nasihat netizen lagi.

“Bagus ni kalau nak balik raya, elak jem kat highway,” kata seseorang.

“Pakai goggle lebih praktik berbanding visor rasanya pakcik,” nasihat lagi dari netizen.

“Awak pergi sekolah naik apa? Terbang cikgu,” tulis seseorang lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 938,600 tontonan, 68,000 tanda suka dan 1,843 perkongsian.

Sumber : Kosmo

Baca juga artikel ini :

Tunjuk Berani, Budak Ini Panjat Pagar Balkoni Pangsapuri

Tunjuk Berani, Budak Ini Panjat Pagar Balkoni Pangsapuri| Seorang kanak-kanak melakukan aksi ngeri apabila bertindak berani memanjat pagar besi di balkoni rumahnya dalam kejadian di sebuah pangsapuri yang tidak diketahui lokasi tersebut.

Video kanak-kanak itu memanjat pagar balkoni tular selepas dimuat naik pengguna media sosial sekali gus mengundang kerisauan orang ramai.

Berdasarkan video tersebut, kanak-kanak yang tidak diketahui jantinanya itu memanjat pagar balkoni rumahnya serta ke rumah jiran di sebelah, sebelum berpatah semula ke kediamannya.

Tidak kelihatan orang dewasa di bahagian balkoni rumah kanak-kanak tersebut selain tidak dapat dipastikan aras ketinggian pangsapuri itu.

Malah, kedengaran suara seorang wanita menjerit memanggil ‘adik, adik’ bagi meminta kanak-kanak tersebut turun daripada pagar balkoni.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna melahirkan rasa bimbang dengan keberanian kanak-kanak tersebut memanjat pagar balkoni.

“Ya Allah, kalau jatuh. Mana ibu ayah dia,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Memang sebaik-baiknya rumah tinggi macam ini, kena ada jeriji atau pagar biar tinggi. Tahun lepas di blok rumah saya, budak jatuh dari tingkat tiga. Nasib baik budak itu patah kaki saja, seram juga,” kongsi seorang lagi netizen.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply