Tindakan seorang pegawai polis di Indonesia yang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 bersama tahanan meraih pujian orang ramai.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok milik pegawai polis itu sendiri, memaparkan beberapa tahanan sedang menonton perlawanan bola sepak melalui tirai besi.
Dengan kapsyen โpentingnya memanusiakan manusiaโ, video itu telah tular dan meraih perhatian orang ramai, sekali gus mengundang pelbagai komen yang memuji tindakan pegawai tersebut.
@gust14r Pentingnya memanusiakan manusia ๐
โฌ Rihanna Umbrella – ๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐
โSaya hormat dengan abang, mereka juga memerlukan informasi dan perkembangan dunia luar contohnya hiburan seperti ini,โ komen seorang pengguna TikTok.
โMereka juga manusia, tiada berbeza dengan kita semua, cuma mereka ada salah dalam dunia sementara, tabik hormat untuk awak tuan,โ komen pengguna TikTok yang lain.
โTerima kasih kerana menjadi orang baik, jangan bosan jadi orang baik, mungkin mereka ini akan menolong abang jika mereka keluar penjara suatu hari nanti,โ komen pengguna TikTok itu.
Sementara itu, terdapat juga orang ramai yang berpendapat bahawa perlu ada sifat kemanusiaan dalam apa jua perkara kerana semua manusia itu tidak sempurna dan bukan tugas manusia untuk menghakimi mereka.
โSaya tidak bangga dengan duit yang abang ada, pangkat yang abang sandang tapi saya bangga dengan sifat kemanusiaan abang dalam memanusiakan manusia,โ komen pengguna yang lainnya.
Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 5 juta tontonan, 533,200 tanda suka dengan 2,900 perkongsian dan meriah dengan respon positif daripada orang ramai.
Sumber: Kosmo
Baca Juga: Lelaki Putus Jari Tangan Kiri, Cedera Parah Ditetak Senjata Tajam
Seorang lelaki berusia 38 tahun putus jari tangan kiri dan cedera parah di lutut kiri selepas ditetak menggunakan senjata tajam di hadapan sebuah rumah dalam kawasan Kampung Gong Cempedak, di sini, malam semalam.
Kejadian berlaku lebih kurang jam 8 malam itu berpunca daripada perlanggaran kecil yang berlaku antara kenderaan suspek dengan mangsa.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Aris berkata, selepas perlanggaran itu, suspek dikatakan mengajak mangsa untuk menyelesaikan dan bersetuju membayar ganti rugi.
Menurutnya, sebaik sampai di rumah suspek, mangsa diminta menunggu di luar rumah dan lelaki itu (suspek) masuk ke dalam rumah dikatakan untuk mengambil wang.
โBagaimanapun, secara tiba-tiba apabila suspek keluar rumah, dia menetak mangsa dengan senjata tajam seperti pedang samurai atau parang panjang sebelum melarikan diri dengan menggunakan Proton Wira warna biru gelap.
โSuspek juga bertindak merempuh sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Merchang dan memecut menghala ke Dungun pada jam 8.45 malam.
โSusulan itu, beberapa anggota bertindak mengejar dan berjaya memintas kereta suspek di belakang Sekolah Gong Balai Merchang dan melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai berhampiran.
โBagaimanapun, usaha lelaki itu menyeberangi sungai tidak berjaya apabila polis bertindak pantas melakukan tangkapan walaupun suspek cuba melawan,โ katanya menerusi kenyataan media.
Mohd Zain berkata, hasil ujian air kencing terhadap suspek berusia 33 tahun yang bekerja sendiri mendapati positif dadah jenis methapethamine dan ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga Selasa depan.
โKita juga menemubual beberapa saksi yang melihat kejadian ini bagi membantu siasatan dan mangsa kini berada dalam keadaan stabil serta berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
โSusulan tangkapan ke atas suspek, kita percaya berjaya menyelesaikan dua kes membabitkan Seksyen 326 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera parah dengan senjata dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan cubaan membunuh,โ katanya.
Sumber: KMN