JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi dua pelajar perempuan yang terjatuh ke dalam sungai ketika menaiki rakit, namun mengutamakan keselamatan telefon bimbit mereka, lapor program berita Liputan6.

Video itu dimuat naik dalam akaun Twitter @ndagels.

Seorang lelaki kelihatan mengemudi sebuah rakit untuk membawa dua pelajar perempuan menyeberangi sungai.

Ketika dua pelajar itu menaiki rakit tersebut, salah seorang daripadanya hilang keseimbangan lalu mereka terjatuh ke dalam sungai.

Ketika terjatuh, seorang pelajar dilihat mengangkat telefon bimbitnya tinggi ke udara walaupun tubuhnya sudah berada dalam air.

Pengemudi rakit yang melihat kejadian tersebut bergegas membantu dua pelajar itu selepas mereka terjatuh.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Badan basah tinggal dilap saja, telefon basah perlu keluar biaya,” komen seorang netizen.

“Jatuh tidak mahu bersendirian, mahu diajak rakan,” komen netizen lain.

Sumber: Kosmo

Baca Juga: Seorang Wanita Warga Emas M@ut Kereta Terjatuh Dlm Sungai. 

Marang: “Sebelum dapat panggilan telefon, ada penduduk kampung berkongsi gambar kemalangan di WhatsApp tetapi ketika itu, saya tak tahu kerana tidak nampak nombor pendaftaran,” kata Wan Rafiuddin Wan Mohd.

Wan Rafiuddin, 33, adalah anak angkat kepada Zaiton Omar, 64, yang maut selepas pacuan empat roda dipandunya hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Bukit Perpat, Wakaf Tapai.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Zaiton yang juga seorang peniaga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke kedainya di Kampung Gong Beris, di sini, selepas mengambil bekalan pisang di rumah anak angkatnya di Kampung Bukit Perpat.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, Toyota Hilux dipandu mangsa dipercayai terbabas lalu terjatuh ke dalam sungai.

Wan Rafiuddin berkata, dia menerima panggilan daripada penduduk kampung pada jam 11.05 pagi menggunakan telefon milik ibu angkatnya.

Katanya, dia yang terkejut bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, ibu angkatnya sudah dibawa keluar daripada kenderaannya.

Memang terkejut dan rasa tak percaya sebab sebelum itu arwah ke rumah saya untuk mengambil bekalan pisang.

“Arwah beredar dari rumah saya jam 10.40 pagi dan tak lama selepas itu dapat panggilan telefon memaklumkan kejadian ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri dikeluarkan daripada kenderaan oleh penduduk kampung.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

“Mayat dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply