Lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari pokok kelapa setinggi 20 meter di Kampung Jal Kechik, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi tadi, mangsa, Abdul Mutalib Hussin, 69, ditemui terbaring atas tanah oleh pemilik kebun kelapa.

Ahli keluarga mangsa, Sabri Ya, 56, berkata, dia dihubungi pemilik kebun kelapa itu yang memaklumkan kejadian itu.

“Saya bergegas ke kebun kelapa itu dan mendapati dia (mangsa) masih terbaring tidak sedarkan diri dan saya percayai dia terjatuh ketika sedang memetik kelapa.

“Dia tidak berkeluarga dan bekerja sebagai pemetik kelapa sejak beberapa tahun lalu di sekitar kampung ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam

Sabri berkata mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jal Kechik di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, hasil siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Mangsa disahkan meninggalkan dunia oleh Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Wakaf Bharu dan hasil proses bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan pada paru-paru dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber : HM

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Batu Hempap Kereta, Panggilan Telefon ‘Selamatkan’ Nyawa Lelaki

Ajal belum tiba, itulah yang dilabelkan kepada seorang lelaki yang terselamat daripada tanah runtuh apabila dia meninggalkan keretanya untuk menjawab panggilan telefon dalam kejadian yang berlaku di Malibu, California, lapor The Mirror.

batu hempap kereta

Lelaki berkenaan, Mauricio Henao yang berasal dari California mengatakan bahawa dia hampir kehilangan nyawa ekoran kereta miliknya dihempap batu besar.

Tambahnya, dia meninggalkan keretanya untuk menerima panggilan telefon sebelum mendengar bunyi batu yang bergelimpangan di lereng bukit.

Mauricio menjelas bahawa dia baru sahaja mendengar dentuman kuat, dia melihat keretanya telah remuk. Batu itu sebesar bumbung telah menghempap kereta Mauricio. Cermin depan kereta semua pecah dan hanya tinggal rangka kereta.

Difahamkan, batu dan serpihan dari lereng bukit itu melayang dan ‘mendarat’ sebelum ‘melintas’ di empat lorong lalu lintas hingga beberapa kenderaan dilaporkan rosak.

Malah lebih mengejutkan, tiada kecederaan yang dilaporkan akibat tragedi tanah runtuh itu.

Bukan hanya itu, Maurucio berkata dia sangat terkejut dengan pengalaman yang hampir menyebabkan kehilangan nyawanya dan bersyukur dengan panggilan telefon yang dikatakan sebagai penyelamatnya.

Mauricio menjelas bahawa sejujurnya, saya tidak terfikir saya akan memarkir kereta di sini (lokasi kejadian) selepas ini. Saya agak trauma dengan pengalaman pahit yang dialami ini.

Sementara itu penduduk kampung tempatan di lokasi kejadian, Nick Kennedy turut menyatakan bahawa keretanya rosak akibat dilanggar batu besar yang bergolek dari seberang jalan.

Mauricio berkata bahawa dia agak gembira kerana keretanya ada di sana. Mauricio tidak tahu sama ada (batu-batu) itu akan melalui dinding rumah kerana dia duduk betul-betul di tepi dinding tersebut.

Menurut The Mirror, runtuhan tanah itu berlaku berikutan ribut melanda California pada awal minggu ini yang telah menumbangkan pokok serta menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air terutamanya jalan raya.

Tambah The Mirror, lebih 25 juta orang di seluruh California menghadapi amaran banjir hujung minggu ini rentetan cuaca tidak menentu sekitar pantai tengah termasuklah Lembah Sacramento dan San Joaquin.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply