Seorang guru berputih mata selepas wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor hilang, apabila dilarikan penjenayah.

Difahamkan wang berkenaan baru saja dikeluarkan oleh Guru Besar di sekolah berkenaan sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 12.17 tengahari semalam ketika guru berkenaan mengeluarkan wang bantuan awal persekolahan dari sebuah bank di pekan Semenyih yang sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya pada hari ini.

“Guru berusia 50 tahun itu berseorangan mengeluarkan wang tunai berjumlah kira-kira RM109,000 dari sebuah bank di kawasan Kampung Baru Semenyih.

“Selepas mangsa mengeluarkan wang berkenan dan meletakkan di sebuah beg, mangsa meninggalkan beg di dalam kenderaan jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang, sebelum ke sebuah restoran untuk membeli minuman.

“Selang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, mangsa mendapati cermin kereta milik mangsa dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai dicuri, “katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, polis kini sedang menggiatkan usaha bagi mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan boleh berhubung dengan mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, “katanya.

May be an image of car and outdoors

๐Œ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐š๐ฐ๐š๐ฅ ๐ฐ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก๐š๐ง ๐๐ข๐œ๐ฎ๐ซ๐ข (๐ฉ๐ž๐œ๐š๐ก ๐ค๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š)

No.Pndftrn kenderaan : XXXXX jenis Toyota Inova

Jumlah Wang Bantuan Awal Persekolahan : Rm109350.00

๐Š๐ซ๐จ๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข

– Jam 1010 hrs mangsa seorang diri ke Maybank Pekan Semenyih untuk pengeluaran wang bantuan sekolah. Mangsa meletak kereta dihadapan Maybank.

– Jam 1100 hrs setelah mangsa selesai berurusan di bank, mangsa seterusnya meletak wang tersebut di bawah kerusi penumpang hadapan.

– Mangsa kemudiannya tinggalkan kereta ke Kedai mamak RK Fatimah bersebelahan maybank untuk membeli air minum kerana dahaga.

– Lebih kurang 15 minit, mangsa kembali semula ke kereta dapati cermin penumpang sebelah kanan belakang telah dipecahkan & wang bantuan sekolah telah dicuri.

– Menurut mangsa, pihak sekolah tidak membuat sebarang permohonan bantuan mengiring keluarkan wang daripada bank.

Sumber : Harian Metro, Inforoadblock

Share.

Leave A Reply