TULAR satu video orang awam menjumpai mayat seorang lelaki berhampiran Sungai Langat, Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor pada Sabtu.

Melalui video tular yang dimuat naik oleh pengguna TikTok cikFaizal97 memaparkan mayat seorang lelaki yang tidak dikenali identiti dilihat terapung di sungai berkenaan.

“Orang awam jumpa jumpa mayat ketika nak memancing,” tulisnya.

Dalam video tersebut kelihatan seorang lelaki cuba menarik mayat tersebut menggunakan sebatang kayu ke tebing sungai.

” Tarik, tarik, cuba sangkut pada baju atau seluar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Datuk Norazam Khamis mengesahkan kejadian terbabit.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat pada pukul 1.30 petang Sabtu.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota yang bertugas mendapati ada satu mayat seorang lelaki India berusia 28 tahun berada di tebing sungai.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat Banting, Selangor diketuai Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK1), Zaharul Izzat kemudiannya mengangkat mayat menggunakan pengusung dari lokasi kejadian.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Majoriti pada Ahad.

Hasil pemerhatian Majoriti, video tersebut sudah dipadamkan sebelum dimuat naik semula di halaman Facebook Sepang Viral.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Mayat Terapung Di Tasik Syaki Dibvnuh

Polis mengklasifikasikan penemuan mayat lelaki yang terapung di tasik belakang Masjid Haji Fisabilillah, Cyberjaya, semalam sebagai kes bunuh.

 Foto hiasan

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff, berkata polis menerima laporan pada 10.15 malam daripada seorang individu memaklumkan melihat satu mayat terapung di kawasan berkenaan.

Menurutnya, Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sepang bersama pasukan forensik hadir di tempat kejadian yang merupakan sebuah kawasan bekas tasik dan menemui mayat lelaki terapung.

Katanya, sepasukan Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Cyberjaya dipanggil bagi membantu mengangkat mayat ke tebing tasik.

Wan Kamarul berkata, hasil siasatan mendapati terdapat unsur jenayah melalui pemeriksaan dan mengesan lima tetakan di kepala dan pergelangan tangan kiri mangsa yang hampir putus.

Menurutnya, saksi menyatakan kira-kira 8 malam dia melihat hadapan sebuah kereta berada dalam tasik berkenaan.

Katanya, saksi pergi memeriksa kenderaan itu dan mendapati satu objek menyerupai manusia dalam keadaan terapung berpakaian lengkap berada di dalam tasik itu pada jarak kira-kira tiga meter.

Beliau berkata bahawa pemeriksaan di sekitar kawasan tanah lapang seluas lima ekar di kawasan itu menjumpai sebuah kenderaan jenis Hilux berwarna hitam terjunam ke dalam tasik.

Wan Kamarul berkata, kawasan tasik itu juga tidak berpagar dan boleh dimasuki secara bebas dan merupakan tumpuan pemancing.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply