(Video) Peminta Sedekah Pura-Pura Buta, Dirakam Naik Kereta Mewah. | Apabila melihat peminta sedekah berada di mana-mana premis atau kaki lima, tumpah pula rasa simpati mengenangkan nasib mereka sehingga kita tidak kisah untuk menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan bebannya.

Namun, agak terkilan rupanya ada helah lain yang cuba disembunyikan oleh beberapa pihak sehingga sanggup berpura-pura menjadi orang kelainan upaya semata untuk meraih simpati.

@wansitisarah11 Dh mcm trend cepat kaya plak 🕵🏻‍♂️🕵🏻#viral2022 ♬ Mission Impossible (Main Theme) – Favorite Movie Songs

Misalnya seperti yang dikongsikan oleh Wan Siti Sarah di laman Tiktok di mana menyaksikan pasangan peminta sedekah sedang berjalan dari satu kedai ke kedai lagi bagi mendapatkan sumbangan.

Malah, mereka juga pulang dengan menaiki sebuah kereta putih yang boleh dikatakan mewah dan besar.

Rata-ratanya mulai emosi melihat sikap mereka yang pentingkan diri kerana secara tak langsung orang yang lebih memerlukan di luar sana terkena tempias.

Sumber: PD

Share.

Leave A Reply