(Video) Pendidikan S3ksual Anak. Siapa Yang Perlu Ajar? | Ibarat kain putih yang suci dan bersih, usia kanak kanak adalah usia di mana individu masih lagi sedang belajar mengenai kehidupan dan persekitaran mereka. Disebabkan itu, mereka masih lagi naif di dalam hal-hal keduniaan dan memerlukan tunjuk ajar daripada ibu bapa.
Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap perkembangan anak, anda haruslah menjadi ibu bapa yang sentiasa memberi bimbingan, panduan serta asuhan untuk anak anda menjalani kehidupan yang baik justeru aspek yang perlu diberi penekanan kepada anak-anak adalah pendidikan.
Pendidikan amat penting kepada anak-anak supaya mereka dapat membina modal insan yang baik selain ia tidak tertumpu kepada pendidikan asas seperti mata pelajaran di sekolah kerana ada banyak lagi pendidikan lain yang sebenarnya perlu mereka pelajari.
Selain memberi pendidikan berkenaan pelajaran teras, pendidikan berkaitan s3ksual kanak-kanak juga perlu diberi penekanan kerana ia bertujuan untuk mendedahkan mereka dengan perkara-perkara negatif seawal usia mereka. Jadi, siapakah yang perlu meberi pendidikan berkaitan s3ksual kanak-kanak ini?
Ikuti penjelasan yang akan diberikan oleh Saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi dalam membincangkan cara yang sesuai untuk memulakan komunikasi yang baik tentang isu ini.