‘Demam Misteri’ Landa India, 50 Orang Maut Dalam Seminggu | India dikhabarkan telah dijangkiti penyakit berbahaya berikutan munculnya satu penyakit baru iaitu ‘demam misteri’ selepas ia melanda Utara India sehingga mengorbankan lebih 50 orang termasuk kanak-kanak maut dalam tempoh seminggu, lapor Daily star.

'Demam Misteri' Landa India, 50 Orang Maut Dalam Seminggu

Pesakit rata-ratanya mengakui bahwa mereka mengalami beberap simptom seperti demam panas, sakit kepala dan loya berikutan ratusan daripadanya memerlukan rawatan hospital di bahagian Uttar Pradesh.

Saintis di negara terbabit dilaporkan sedang berusaha mencari jawapan mengenai serangan penyakit tersebut kerana tidak ada seorang pun daripada pesakit yang maut akibat penyakit terbabit dikesan positif jangkitan Covid-19.

Pakar perubatan di beberapa daerah terbabit dilaporkan percaya bahawa kematian semua pesakit adalah akibat demam denggi, jangkitan virus yang disebarkan oleh nyamuk di mana telah menjangkiti berjuta-juta orang setiap tahun di seluruh dunia.

Doktor turut memberitahu bahawa pesakit yang datang mendapatkan rawatan di daerah tersebut menunjukkan penurunan jumlah platelet dalam darah, tanda kepada gejala demam denggi yang teruk.

Di daerah Firozabad, dilaporkan sekurang-kurangnya 40 orang termasuk 32 kanak-kanak didapati telah meninggal dunia dalam masa seminggu akibat serangan penyakit ini.

Doktor mengesyaki bahawa pesakit terutamanya kanak-kanak di hospital didapati mati dengan sangat cepat berikutan menghidapi penyakit misteri ini.

Sementara itu, Dr Sangeeta Aneja, pengetua dan dekan Hospital Perubatan Autonomous State di wilayah itu memberitahu The Hindu, walaupun beberapa pesakit didapati positif demam denggi, tetapi bukan semua daripada mereka itu dilanda demam denggi justeru 90% menghidap penyakit terbabit adalah kanak-kanak.

Menurut anggota parlimen daerah  Firozabad, Manish Asija mendakwa bahawa pencemaran air, kekurangan sanitasi dan kebersihan adalah sebab di sebalik penyakit ini selepas dikesan pertama kalinya pada 18 Ogos yang lalu.

Demam misteri bukan perkara luar biasa di negara India terutama selepas monsun iaitu ketika populasi nyamuk meningkat.

Scrub typhusJapanese encephalitisleptospirosis, dan chikungunya adalah antara penyakit yang mampu menyebabkan kematian di India.

Sumber: Daily Star

Share.

Leave A Reply