(Video) Penjaja Selamba Celup Tangan Dalam Minyak Panas Untuk Goreng Ayam. | SEORANG penjaja makanan menjadi perhatian di media sosial kerana mencelupkan tangan ke dalam kuali yang berisi minyak panas.

(Video) Penjaja Selamba Celup Tangan Dalam Minyak Panas Untuk Goreng Ayam.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram @nonvegfoodie, kelihatan penjaja tersebut membalik-balikkan ayam goreng di dalam minyak yang panas menggelegak sebelum mengangkatnya untuk diletakan di dalam sebuah bekas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAILESH | JAIPUR (@nonvegfoodie)

“Adakah tangannya tidak melecur? Dia mencelupkan tangannya ke dalam minyak panas yang sedang mendidih untuk mengeluarkan ayam,” demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian video tersebut.

Video itu menjadi tular dan meraih lebih daripada 59,000 anda suka dan dibanjiri komen netizen dengan pelbagai reaksi.

Kebanyakannya meluahkan rasa kagum dengan kemahiran dan ‘kekebalan’ penjaja tersebut.

Walau bagaimanapun, sesetengah yang lain tidak melihat ia sesuatu yang hebat, sebaliknya mereka membangkitkan isu kebersihan dan keselamatan. – India.com

Sumber: mStar , @nonvegfoodie

Share.

Leave A Reply