(Video) Perintah Tuhan Kepada Anak-Anak Yang Ramai Abaikan | Kita sebagai seorang anak soleh yang mengasihi, menyayangi dan mencintai ibu bapa, haruslah kita segera membalas segala jasa-jasa kedua-duanya yang telah menjaga dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang sejak kecil sehingga dewasa.

(Video) Perintah Tuhan Kepada Anak-Anak Yang Ramai Abaikan

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra’ ayat ke-25 telah menyuruh supaya hamba-Nya mengesakannya dan mengabdi kepadanya di samping menyuruh untuk berbakti kepada ibu bapa. Ini membuktikan tingginya kedudukan ibu bapa dalam pandangan syarak.

Kedudukan ibu bapa di sisi ALLAH amatlah tinggi sehinggakan ALLAH meletakkan perintah berbuat baik kepada ibu bapa selepas atau bersebelahan dengan perintah tidak menyembah selain daripada ALLAH dan mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun.

Justeru itu, hargailah ibu bapa kita ketika masih ada dan segeralah lakukan apa yang diperintah Allah SWT terhadap membalas jasa ibu bapa.Ikuti kupasan Dr Maza dalam isu berkaitan Perintah Allah SWT kepada anak-anak dalam menghargai jasa Ibu bapa.

Share.

Leave A Reply