(Video) Pilu, Wanita Kongsi Suami Lafaz Talak Guna ‘Voice’ WhatsApp | Setiap yang berumah tangga pasti mengharapkan hubungan yang terbina kekal bahagia hingga ke akhir usia. Namun, ajal jodoh dan rezeki setiap orang berbeza-beza dan tiada siapa yang dapat menghalang andai ia sudah ditakdirkan.

(Video) Pilu, Wanita Kongsi Suami Lafaz Talak Guna 'Voice' WhatsApp

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @SyazwaYazid apabila memuat naik satu video ‘perjalanan’ rumah tangganya yang telah pun berakhir.

@syazwayazidDIA perancang terbaik untuk umatnya😇##fyp

♬ sahabat tak akan pergi betrand x anneth – sadvibes🥀

Menerusi video yang tular tersebut, penggua TikTok berkenaan telah menyertakan sekali gambar-gambar perkahwinannya beserta satu rakaman lafaz cerai yang dibuat suaminya hanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan telah ditonton lebih dari sejuta viewers dalam masa 10 jam sahaja.

Walaupun tidak menjelaskan hal sebenar berkenaan rumah tangganya, @syazwayazid telah bersangka baik dengan Maha Pencipta bahawa setiap yang telah direncanakan oleh Allah S.W.T adalah yang terbaik untuk umatnya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan TikTok wanita itu dengan berasa takut melihat situasi perkahwinan seperti itu apabila sesenang hati menalazkan cerai hanya melalui mesej suara.

Ramai juga terkejut dengan muat naik video itu memandangkan gambar dan video yang diambil seakan pasangan tersebut baru sahaja bernikah namun perkahwinan berkenaan tidak bertahan lama.

Sumber : OhMyMedia

 

Share.

Leave A Reply