[VIDEO] Rakaman CCTV Di Gimnasium Dedah Pergerakan Aneh, Lelaki Diseret. | GIMNASIUM menjadi tumpuan kebanyakan daripada kita untuk bersenam. Namun, ia juga tidak dapat lari daripada peristiwa aneh.

[VIDEO] Rakaman CCTV Di Gimnasium Dedah Pergerakan Aneh, Lelaki Diseret.

Momen mengerikan sebuah gimnasium di Colombia yang dirakam kamera litar tertutup menjadi tular di laman sosial TikTok.

Menerusi paparan video dikongsikan pengguna TikTok @carlosruizoficiall, rakaman berdurasi satu minit empat saat itu menunjukkan seorang lelaki sedang melakukan pergerakan memanaskan badan.

Kemudian dia mula menyedari beberapa objek dan peralatan gimnasium bergerak sendiri dan menyebabkannya kelihatan tergesa-gesa cuba meninggalkan gimnasium terbabit.

Bagaimanapun lelaki berbaju hitam itu tiba-tiba jatuh manakala sebelah kakinya ditarik dan badannya terseret. Anehnya, makhluk yang melakukannya tidak kelihatan!

Setelah mengalami momen menyeramkan itu lelaki berkenaan dilihat berlari meninggalkan gimnasium berkenaan hingga meninggalkan barang-barang kepunyaannya.

Situasi aneh itu menimbulkan tanda tanya warga maya. Rata-rata beranggapan ia peristiwa misteri yang mistik.

Setakat ini tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut, bagaimanapun ia menjadi tular di media sosial.

Sehingga kini, ia telah ditonton lebih 16 juta kali.

Sumber: Sinar Plus , TikTok @carlosruizoficiall

Share.

Leave A Reply