(Video) Aneh! Air Mata Gadis Bertukar Menjadi ‘Batu’. Ini Penjelasan Doktor Pakar | Berlaku satu kejadian aneh melibatkan seorang gadis di India selepas air mata yang dihasilkannya mampu bertukar menjadi ‘batu’ menurut laporan Oddity Central,baru-baru ini.
Gadis tersebut dikenali sebagai Chandni, 15, dilaporkan mampu mengeluarkan 10 hingga 15 biji batu-batu kecil daripada matanya setiap hari sejak 17 Julai lalu dan kejadian tersebut juga belum mendapat penjelasan dari pakar perubatan.
Dikatakan sekitar 70 biji batu telah dikumpul dalam tempoh dua bulan iaitu sejak kejadian tersebut berlaku, remaja itu mengeluarkan batu tersebut bermula sekitar 6 pagi sehingga petang. Tiada batu terbentuk atau dikeluarkan pada waktu malam, lapor Oddity Central.
Video berkenaan fenomena ini telah mendapat perhatian warganet selepas Chandni dilihat mengeluarkan satu ketulan kecil pada kelopak mata kirinya melalui urutan. Selepas batu itu keluar, satu lagi batu muncul pada mata kanannya dan turut dikeluarkan.
Hal ini meyakinkan ahli keluarga remaja itu yang dia menangis ‘air mata’ batu, namun pakar oftalmologi menegaskan perkara itu adalah mustahil.
Menurut seorang Pakar Mata, Dr Awadhesh Kumar mendakwa kejadian itu tidak mempunyai penjelasan saintifik dan percaya remaja itu memasukkan batu tersebut ke dalam matanya sendiri atau disuruh orang lain untuk mendapatkan perhatian.
Seorang pengarah hospital mata tempatan, Dr Neeraj Gupta pula mendakwa fenomena itu tidak berasaskan dalm teknikal perubatan dan ia boleh menjadi satu penipuan.
Menurut laporan media tempatan, asbab dari kesusahan telah menyebabkan keluarga Chandni dikatakan tidak mampu untuk menjalani ujian oleh pakar perubatan, justeru sehingga kini keadaannya tidak mendapat penjelasan.
Sumber: Oddity Central News