SEORANG lelaki menerima kecaman orang ramai di media sosial apabila tular sebuah video tindakannya menendang seekor anjing yang berada di kawasan kejadian baru-baru ini.
Tindakan lelaki itu sempat dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai dipasang di premis berdekatan kawasan kejadian.
Terdapat dua video tular di media sosial menunjukkan tindakan lelaki terbabit yang mana pada mulanya dia dipercayai mengacah-acah haiwan tersebut yang secara kebetulan berada di sebelah keretanya.
Namun video lain pula menunjukkan lelaki sama bertindak menendang anjing tersebut yang berada di tengah lintasan pejalan kaki.
Tendangan kuat lelaki terbabit menyebabkan haiwan tersebut jatuh tergolek manakala individu itu berlalu pergi tanpa sebarang rasa bersalah.
Difahamkan video berdurasi satu minit 53 saat itu dipercayai berlaku di Seremban, Negeri Sembilan.
Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata orang ramai menyelar perbuatan lelaki terbabit dan ada mahu pihak polis mengambil tindakan terhadap individu itu.
“Tunggulah karma akan berlaku terhadap anda di atas jalan raya nanti,” kata Jason Mok Yew Hongg.
“Anjing itu tak kacau kau pun, kau tak suka anjing biar sahajalah, kau pergi pukul tendang dia buat apa?” soal Vianz Low.
“Bahagian mana yang ambil kes macam ini, patut polis hubungi lelaki ini atas tindakannya itu,” luah Mohd Zaidi.
“Anjing itu tak kacau kau pun, kenapa pergi tendang dia? Perangai kau itu lagi teruk daripada bintang,” ujar YK Lee.
Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa tentang kejadian.
Sumber: Majoriti
Baca Juga: KEJAM! Seorang Lelaki Panah Anjing. ‘Ini’ Tindakan Polis Seterusnya..
Polis telah mengenal pasti seorang lelaki tular memanah seekor anjing di bahagian kepala sehingga mati dalam kejadian di hadapan sebuah kondominium di Setapak di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, suspek tersebut telah dikenal pasti, namun masih belum ditangkap.
Menurutnya, kita telah menerima laporan daripada orang awam yang terkesan dengan video tular tersebut pada jam 10.31 pagi, Ahad.
Rata-rata netizen amat kesal dengan perbuatan individu tersebut.
“Nampak memang kejam tapi apa kan daya sbb anjing ni berbahaya sbb kadang sesetengah anjing tu ganas , kejar orang awam dan menyusahkan, saya pernah di kejar anjing masa menaiki motosikal sampai saya terjatuh dan agota badan saya luka apa yg patut saya buat ? Bila individu buat tindakan sendiri di kata kan kejam dan disabitkan kesalan dgn menganiaya hewan ,saya harap pencinta wehan tu buat lah tindakan menangkap anjing² liar , agar tidak membahayakan orang awam dan agar org awam x buat tindakan sendiri , sbb org awam pun nak kan keselamatan dalam mukim yg mereka tinggal”.
“Cara ni nampak kejam tapi jika pihak berwajib tangkap ada ke anjing ni diperlihara ataupun dimatikan?klu comel mungkin ya tapi kalau berpenyakit RABIES??sbb anjing merbahaya boleh gigit dan kejar org”.
Sumber: KMN